Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Akademi Youtuber

YU. SUFFI DAPAT DURIAN RUNTUH!!


Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan melainkan ucapan tahniah dan syabas atas penganugerahan demi penganugerahan yang diperoleh Cikgu Muhammad Suffi bin Yusof atau lebih dikenali sebagai Yu. Suffi dalam kalangan warga Akademi Youtuber (AYU). Berkat kesabaran dan kegigihan serta daya kepimpinan dalam mencapai impian untuk menjulang AYU ke persada maya, kini beliau berjaya merangkul dua anugerah dalam tempoh 5 hari!!


Tanggal 15 Mei 2022 (Sabtu) bertempat di Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, dengan bangganya Yu. Suffi telah dianugerahi GURU INSPIRASI MCDONALD’S 2022. Beliau mendapat durian runtuh sekali lagi pada tanggal 19 Mei 2022 (Khamis) dalam majlis Hari Guru Negeri Perak di Universiti Sultan Idris dan berjaya merangkul TEMPAT PERTAMA bagi ANUGERAH IKON GURU PENDIDIKAN MAYA 2022!


 

Jika bukan kerana padi,

Hampas juga dibuang-buang,

Jika bukan kerana Yu. Suffi,

AYU tiada dipandang orang.

 


Terima kasih daun keladi!

 

Sebagai tanda sokongan atas budi dan jasa Yu. Suffi, sila tonton,komen dan like :

1. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

https://youtu.be/bYGKQzezhJQ

 

2. Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya 2022

https://youtu.be/6O-mTjj4THA 

      

#akademiyoutuber

#kitabantukita

#adikberadikAYU 



Disediakan oleh:

Yu. Naura @cikgunora03

AYU Press Official

1 Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama