Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Perihal Akademi Youtuber

Hashtag #Sendirian Kita Biasa, Bersama Kita Luar Biasa menjadi pemangkin semangat kepada sukarelawan Akademi Youtuber (AYU) yang terdiri dalam kalangan guru-guru dari seluruh Malaysia yang telah mencecah seramai lebih 10,000 orang. Penubuhan AYU hanya bermula daripada idea luar biasa seorang guru biasa iaitu Cikgu Muhammad Suffi Bin Yusof dari Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut. Seterusnya, program hebat ini memulakan langkah pertama dengan mewujudkan team ekslusif yang dibantu oleh Cikgu Zuly Rahimie Bin Zulkifli dari Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih,Semenyih dan Cikgu Mamat Solleh Bin Ismail dari SMK Kota Samarahan, Kuching. Perjuangan mereka bukan mudah, ibarat menongkah arus. Namun demi meneruskan agenda, perjuangan tetap diteruskan, biar berpatah arang, berkerat rotan. Bermula dengan menjemput beberapa orang guru yang berkemahiran dalam bidang masing-masing untuk menyertai AYU. Maka bermulalah detik-detik perjuangan sukarelawan AYU yang tidak pernah kenal penat lelah. Tanggal 2 Julai 2020 merupakan tarikh keramat AYU melangkah dengan membuka penyertaan kepada para guru seluruh Malaysia.

Menurut Cikgu Muhammad Suffi, AYU ditubuhkan bagi memenuhi keperluan semasa dan permintaan rakan sekerja yang memerlukan ilmu berkaitan 'Online Distance Learning' untuk proses PdPR secara atas talian. Ketika itu kebetulan negara sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Bermula dengan memberi tutorial asas tentang penguasaan Google Classroom secara percuma kepada lebih 10,000 guru Youtuber AYU, telah membuka ruang untuk guru melengkapkan keperluan semasa ke arah pendidikan digital dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Maka pemilihan video merupakan salah satu medium pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan ketika ini. Namun cabaran utama guru Youtuber AYU sebagai pencipta kandungan pembelajaran iaitu menghasilkan kandungan video yang berkualiti tinggi serta menarik minat dan memudahkan pelajar mengakses video untuk keperluan pembelajaran mengikut tahap dari Prasekolah sehingga Matrikulasi. Maka AYU mengambil inisiatif mencipta dan melancarkan Akademi Youtuber Apps untuk tujuan tersebut.

Oleh itu, para guru, ibu bapa dan pelajar perlu menyambut baik serta menyokong usaha para guru Youtuber AYU supaya terus berkarya bagi menghasilkan kandungan video menarik bahkan berkualiti untuk manfaat para pelajar. Pengurusan AYU juga sudah ada perancangan untuk melatih secara percuma lebih ramai warga pendidik seluruh Malaysia yang berminat menyertai AYU pada masa hadapan. Selaku Pengurus AYU, Cikgu Muhammad Suffi berharap usaha kecil ini menjadi penyumbang kepada kegemilangan dunia pendidikan di Malaysia. Seterusnya hasil kerja guru Youtuber ini nanti menjadi kenangan sepanjang berada dalam perkhidmatan dengan membawa slogan #Bermula Percuma, Selamanya Percuma hanya di Akademi Youtuber.

Norma baharu era endemik Covid-19 menyaksikan lonjakan baharu dalam dunia pendidikan digital. Bagi mencipta peluang lebih mudah bagi para pelajar mengakses video pendidikan, Akademi Youtuber Apps boleh diakses daripada Playstore peranti Android masing-masing. Para guru, ibu bapa dan pelajar boleh memanfaatkan pelbagai kandungan pendidikan dalam aplikasi ini. Kemudahan meraih ilmu hanya di hujung jari.

Mengulas pelancaran Akademi Youtuber Apps, Cikgu Zuly Rahimie Bin Zulkfli menjelaskan bahawa sebanyak lebih 20,000 video yang dihasilkan oleh guru Youtuber AYU dimuatkan dalam Akademi Youtuber Apps yang akan bertambah dari masa ke masa. Aplikasi yang merupakan daya usaha para guru yang tak pernah jemu menyampaikan ilmu termasuk mengadakan kelas tuisyen secara percuma kepada para pelajar seluruh Malaysia. Semoga dengan pelancaran Akademi Youtuber Apps akan menjadi pencetus semangat guru Youtuber AYU untuk terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak video pendidikan yang bermutu malah diikhtiraf sebagai yang terbaik di Malaysia.

Cikgu Mamat Bin Solleh menyifatkan Akademi Youtuber Apps merupakan aplikasi digital yang hebat dan terbaik. Oleh itu, masyarakat yang dahagakan ilmu perlu menjadikan aplikasi ini wadah terbaik untuk membantu para pelajar dan guru yang sering kali buntu mencari bahan terbaik dan mudah untuk diakses.

Menurut salah seorang guru Youtuber AYU Muallim Wan Hazaruddin Bin Wan Hassan, Akademi Youtuber Apps merupakan satu aplikasi yang patut dimiliki oleh para guru dan pelajar seluruh Malaysia. Aplikasi ini sangat diperlukan terutama ketika para guru dan murid memerlukan rujukan ataupun sumber pembelajaran untuk sesuatu mata pelajaran. Aplikasi ini juga mudah dilayari dan mesra pengguna. Cikgu Noor Syazuan Bin Zulkifli yang merupakan salah seorang guru Muzik mengharapkan Akademi Youtuber Apps mampu menjadi perintis kepada pendidikan digital selaraskan dengan perkembangan dunia era endemik Covid-19 dan Revolusi Industri 4.0.


Catat Ulasan