Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Edufluencer

Tahniah! 18 orang ahli Akademi Youtuber Malaysia diiktiraf sebagai Edufluencer KPM

 



Assalammualaikum w.b.t dan salam mesra!

Alhamdulillah seramai 18 orang ahli Akademi Youtuber telah dinobatkan sebagai 'Edufluencer' dalam Persidangan Edufluencer 2.0 yang berlangsung di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini. 


Jutaan terima kasih kepada PADU, KPM yang memberi ruang dan peluang untuk Youtuber Pendidikan mengorak langkah dengan lebih bersemangat. Jumlah keseluruhan guru yang terlibat dengan pengiktirafan ini ialah seramai 181 orang menggabungkan kumpulan 1.0 dan 2.0 dalam satu majlis yang sangat berprestij.

Pada Majlis ini para peserta diraikan dengan satu acara makan malam bersama  Dato' Haji Pkharudin Bin Haji Ghazali , Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM). Semoga untaian ucaptama Dato' akan menjadi panduan kepada semua youtuber di Akademi Youtuber dalam berkarya di media sosial. Seterusnya tidak lupa membawa 'ABC' dalam memastikan kemenjadian murid di peringkat sekolah. 


Keistimewaan majlis yang dianjurkan oleh PADU ini adalah menghimpunkan guru-guru hebat seluruh negara dari pelbagai latar belakang dan kelebihan. Perjumpaan ini diibaratkan sebagai satu gabungan aura positif yang boleh dimanfaatkan untuk sesuatu usahasama yang mampu menggegarkan dunia pendidikan di Malaysia. Semoga semua Edufluencer dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai penyampai ilmu melalui media sosial dan membantu memudahkan urusan rakan guru serta para pelajar keseluruhannya. 


EDUFLUENCER ibarat mini reunion untuk #adikberadikAYU

Jutaan terima kasih kepada Yb Dato Hj Pkharuddin Ghazali , Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia  kerana sudi meluangkan masa untuk bersama Edufluencer dalam majlis makan malam yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2022. Tidak lupa Team PADU yang sangat Awesome! 

Pn. Azzatullina Pawanchik
Pn. Afiza Binti Aksan
Tn. Shafizul Azmil Bin Jaafar
Tn. Mohamad Izzudin Bin Amdan
Pn. Siti Fatima Mohamed Yusop
Dr. Nita @ Siti Raudhah binti Amri
Datin Rosliza Rosli

anda memang PADU! 

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama