Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

CONTOH ULASAN GURU UNTUK PELAPORAN MURID DALAM PBD/UASA

 


Terdapat banyak ayat mudah yang boleh digunakan untuk guru menulis ulasan untuk menaikkan semangat murid agar lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan potensi diri pada masa akan datang. 

Antaranya ialah :

1. Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang dengan penuh gemilang.

2. Tahniah diucapkan atas pencapaian dan prestasi yang cemerlang. Tingkatkan usaha untuk terus cemerlang dalam segala bidang pada masa akan datang.

3. Anda lakukan yang terbaik. Syabas diucapkan di atas pencapaian yang baik. Teruskan berusaha bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan yang sedang menanti.

4. Usaha tangga kejayaan. Tahniah di atas pencapaian yang baik. Cikgu doakan anda akan menjadi murid yang cemerlang. Teruskan usaha.

5. Tahniah, anda memiliki pencapaian yang baik. Namun begitu, tingkatkan usaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

6. Anda seorang yang berpotensi untuk menjadi seorang yang berjaya. Tingkatkan usaha, fokus kepada matlamat untuk mencapai kejayaan. Cikgu yakin, anda boleh!

7. Anda seorang pelajar yang rajin dan berpotensi menjadi orang yang berjaya. Tingkatkan usaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

8. Anda pasti berjaya sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh kerana anda memiliki potensi yang sangat baik. Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan.

9. Keputusan anda berada di tahap sederhana. Tingkatkan usaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

10. Usaha anda telah menunjukkan hasil yang baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

11. Tingkatkan usaha. Pasti keputusan anda lebih baik dan cemerlang.

12. Usaha mesti berterusan demi menjamin keputusan yang lebih baik di masa akan datang.

13. Tingkat usaha. hargailah masa dan penuhi masa dengan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cerah.

14. Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha untuk menggengam kejayaan di masa akan datang.

15. Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya, Tingkatkan keyakinan diri dan teruskan usaha bersungguh-sungguh demia sebuah masa depan yang cerah.


Sekian, terima kasih.


Sumber : https://www.cikgunorainiothman.com/2023/02/contoh-ulasan-guru-untuk-pelaporan.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama