Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Blogger

Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

Assalamualaikum w.b.t dan salam mesra!

Sambutan tahun baru 2023 meriah terasa dengan kelainan yang dibawa oleh Youtuber Pendidikan di Malaysia apabila 68 nama domain baharu berjaya didaftarkan sebagai pembuka tirai tahun 2023 untuk bergerak lebih agresif menerbitkan konten pendidikan. 

Inisiatif ini dianjurkan oleh Akademi Youtuber untuk memperbanyakkan konten pendidikan bukan sahaja di pelantar youtube malah untuk mengungguli dapatan enjin carian google. Kesemua Youtuber dibimbing untuk mengendalikan laman blog masing-masing sehingga mampu mendapatkan nama domain .com sendiri. 

Selain meningkatkan ilmu pengetahuan yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri malah boleh digunakan untuk membangunkan blog di peringkat sekolah mahupun jabatan. Penguasaan ilmu ini dijangka bakal memeriahkan lagi dunia pendidikan digital di Malaysia dan mampu meningkatkan profesionalisme keguruan itu sendiri. 

Keistimewaan guru-guru yang memiliki nama domain sendiri dapat berada dalam satu rangkaian interaktif yang positif, saling membantu, saling menyokong karya rakan-rakan guru seluruh negara. Pergaulan sihat ini mampu memberi impak positif kepada profesion keguruan. Kita sedia maklum, setiap daripada youtuber dan blogger memiliki kepakaran tersendiri dan kepakaran ini tidak seharusnya dibiarkan terpendam tanpa dimanfaatkan oleh orang lain. Inisiatif ini terus menggembur kreativiti mereka untuk terus berkarya. Penyenaraian ini bertambah menarik apabila turut mendapat sambutan daripada guru-guru yang pernah menerima pelbagai anugerah seperti Cikgu Juara Digital, Guru Inspirasi Mc Donald's, Guru Ikon, dan Edufluencer KPM. 

Semoga puluhan ribu video dan artikel yang diterbitkan ini mendapat sambutan daripada pengguna sasaran seluruh negara. Tanpa sokongan semua sememangnya youtuber dan blogger tidak mampu bertahan sehingga hari ini. Jutaan  terima kasih kepada semua yang menyokong dan terus menyokong usaha guru-guru ini. 

Di sini disertakan laman blog yang telah berdaftar untuk berada dalam sebuah komuniti saling membantu anjuran Akademi Youtuber : 

1. cikgusuffi.com @suffi
2. cikguling.com @CikguLing
3. cikgulinnzack.com @LinnZack
4. cikgueqa.com @CikguEqa
5. chekgulk.com @chekgulk
6. cikguahho.com @hoyensze
7. muallimahwan.com @MuallimahWan
8. ustazahrusni.com @Ustazah_Rusni 
9. ustzhsalina.com @Ustazah_Salina
10. cikgumuktasim.com @muktasim
11. cikgujumrah.com @cikgujumrah13
12. madamzetty.com @ZatusyNaim 
13. cikguamarkmca.com @AmarKMCA
14. cikguwashitah.com @mashitahsubri
15. cfusyamz.com @CfuSyamz 
16. cikgupakmalau.com @pakmalaubowling 
17. hudarohmat.com @HudaRohmat81 
18. ustazahatikah.com @Nur_AtikahJamaludin 
19. CikguZuly.com @hanyluz
20. ustazahazizah.com @azizah_ssp
21. cikguzalinabasir.com. @zalinabasir
22. tcermimaazlina.com @MimaAzlina 
23. ustazahsuziwan.com @ustazahsuziwan
24. muallimhazar.com @MuallimHazar 
25. shakhlizanashuib.com @shakhlizana
26. imazzmedia.com @Rahimahz77 
27. nurhafidzahmd.com @Nurhafidzahmd 
28. cikgurusma.com @RUSMAIBRAHIM
29. cikgueedarahim.com  @Cikgueedarahim
30. hidayatitahir.com @HidayatiTahir
31. rodziahlatif.com @rodziahlatif
32. ustazahshaza.com @Shaza_Maria
33. ustazahayuayob.com @NurRahayuAyob 
34. enciksunan.com @sunan81 
35. cikgurumainno.com @CikguRumainno 
36. mrosmaya.com @Rosmaya70
37. channelcikguhidayah.com @cikguhidayah82
38. cikgunas.com @NasAdillah
39. cikgudhiya88.com @IzyanDhiya 
40. cikguyusnida.com @yuyusnida
41. cikgusharifahainhistory.com @shainlimawaddah
42. pokbai.com @pokbai 
43. cghidayahyusoff.com @NHidayahMYusoff
44. madamlim.com @suwan0922
45. cmkaizen.com  @cmkaizen
46. cikgusitijamiah.com. @SJH73
47. Cikgunorainiothman.com/ @CikguNorr
48. cikgunariza.com  @cikgunariza
49. anisahahmad.com @ANISAHahmad 
50. ustazahsalasiah.com @Sal_Salla
51. tcerreen.com @TcerReen 
52. uzhzuliana.com @zulianams
53. cikgunorazlin.com @nor_azlin
54. raziahanuar.com @YuRaziahAnuar 
55. cikgurosymastura.com @rosymastura
56. cikguyuhanisah.com @Yuhanisah 
57. madamfizi.com @MadamFizi 
58. cikgumidah79.com @hamidah7879
59. madamvina.com @Savina2018
60. cikgushaframli.com @ShafRamli 
61. cikguhana.com @Nurulhana2000 
62. cikguwann.com @WNMishkat
63. cikguzulaida.com @Ayuzulaida
64. shelacome.com @muallimahshelacome
65. wanmahiah.com @WanMahiah
66. wannuraziyah.com @tina_wannoh
67. sigululu.com @Sigu_Lulu 
68. azizahmn.com @AzizahMN
69. cikgukamariah.com @cikguKamariahZ
70. cikguadham.com @dehewaraspak
71. cikguaime.com @Meyy97
72. cikgufer.com @fer_dauz
73. ticejue.com @Juliah
74. cikgufendy.com @cikgufendyhamid
75. cikgukomathy.com @komathymatthew
76. cikguridzuan.com @cgridzuan_alkindy
78. khalijahlatiff.com @khalijahlatif























































Sokongan anda terhadap blogger pendidikan ini boleh dibuat dengan mengikuti atau 'Follow' semua laman blog di atas dan sentiasa berkongsikan artikel yang diterbitkan terus dengan golongan sasaran. Semoga sokongan anda dapat menyemarakkan lagi semangat para blogger untuk terus berkongsi kebaikan demi anak didik di Malaysia. 

*Senarai ini tidak muktamad, sentiasa akan bertambah dari semasa ke semasa. 
*Berminat untuk menyertai kami? ~ https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/jom-sertai-kami-panggilan-untuk-semua.html
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

2 Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama