Responsive Ad Slot


Showing posts with label Akademi Youtuber. Show all posts
Showing posts with label Akademi Youtuber. Show all posts

[LIVE] PEMULIHAN KHAS BM SK, FRASA KATA V+KV OLEH CIKGU AINULSAMURAI #09 #TUISYENPERCUMA

No comments

07/07/2021

   TUISYEN ONLINE AYU PERCUMA‼️‼️



πŸ‘πŸ‘PERTAMA DI MALAYSIA


πŸ’₯πŸ’₯πŸ”₯πŸ”₯LIVE LIVE 


PANITIA PEMULIHAN KHAS SK


✅PEMULIHAN KHAS

✅TAHUN 1 - TAHUN 6

✅ KANAK-KANAK

✅ BAHASA MELAYU

✅ FRASA V+KV


RABU 7/07/2021 ‼️ LIVE

Jam 12.30 tengah hari  ‼️ LIVE


❗️Jemput semua Join sama

❗️GURU / PELAJAR / IBU BAPA



✅ JOIN LINK KELAS YOUTUBE

https://www.youtube.com/watch?v=bGYsMH6yMIM


Presenter ANDA  :πŸ‘πŸ‘


CIKGU AINUL SAMURAI @AINULSAMURAI

SK KEPAYAN, KOTA KINABALU, SABAH


✅ LINK CHANNEL

https://www.youtube.com/CIKGUAINULSAMURAI


✅ E-SIJIL PENYERTAAN EDIDIK PERINGKAT KEBANGSAAN

E-SIJIL hanya dapat diisi dengan EMAIL EDIDIK

 

✅ PERMOHONAN EMAIL EDIDIK DISINI

https://getmail.edidik.my

 

✅ JOIN GROUP TELEGRAM PELAJAR MALAYSIA

 https://t.me/edidikjunior


✅ LEBIH BANYAK KOLEKSI VIDEO PDPC DI SINI:

https://t.me/VideoPdPCgurumalaysia

 

✅ SENARAI PLAYLIST VIDEO AYU

https://www.akademiyoutuber.com/p/senarai-playlist-video-pdpc-mengikut.html

 

Inisiatif :

www.akademiyoutuber.com

-EDIDIK MALAYSIA

-KELAB GURU MALAYSIA


DOKUMENTARI AYU | 1 TAHUN AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

No comments

03/07/2021

    

Awal 2020 negara digemparkan dengan pandemik covid-19, memaksa pihak kerajaan mengambil langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai sektor terpaksa ditutup bagi mengawal penyebaran penyakit ini. Antara yang turut terkesan adalah sektor pendidikan negara, sekolah ditutup serta merta dan digantikan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

    Tidak pernah didedahkan dengan ilmu pengajaran atas talian sebegini, perasaan resah secara perlahan-lahan menular dalam kalangan guru apabila mereka perlu menyampaikan isi pelajaran kepada murid yang tiada di hadapan mereka. Ada yang mula mengorbankan masa dan wang ringgit untuk menyertai pelbagai kursus dan mempelajari teknik penyampaian melalui video-video di youtube untuk menarik minat murid tetapi ada juga dalam kalangan mereka yang lemah dalam penggunaan teknologi terpaksa ‘menconteng dinding’ untuk menyampaikan ilmu.

    Terjentik untuk membantu para guru ini, En Muhammad Suffi Yusof, seorang guru dari SK Pangkalan TLDM Lumut Perak, mengumpulkan beberapa orang sukarelawan untuk menubuhkan sebuah organisasi dikenali sebagai AKADEMI YOUTUBER yang bakal membimbing ribuan guru dalam menggunakan dan mengendalikan platform youtube untuk pengisian konten kepada murid secara lebih interaktif.

    1 Julai 2020 merupakan tarikh keramat buat para sukarelawan ini apabila mereka berjaya mengumpulkan lebih 10 000 penyertaan dalam kalangan guru dan mula mengadakan pelbagai sesi bimbingan secara berkumpulan. Bermula dengan mendaftar channel youtube masing-masing, para guru mula memenuhkan channel mereka dengan pelbagai konten pendidikan mengikut subjek berdasarkan tunjuk ajar yang diterima.

 

   Asam garam dalam kehidupan, perjalanan En. Suffi dan pihak pengurusan yang lain bukanlah mudah, namun cukup indah untuk dikenang. Usaha demi usaha, langkah demi langkah dicorak, perlahan-lahan nama Akademi Youtuber mula menjadi sebutan. Liputan akhbar Berita Harian bertarikh 1 November 2020 melalui temuramah bersama setiausaha eDidik Malaysia En. Mamat Solleh bin Ismail menjadi titik tolak perkenalan organisasi ini dalam memberi bimbingan kepada para guru secara percuma dengan kerjasama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia.

    Akademi Youtuber terus mencipta nama apabila mendapat liputan dari pelbagai akhbar dan turut dipaparkan di kaca televisyen. Antaranya ialah akhbar The Star, BERNAMA, Berita Wilayah TV1, Astro Awani dan Buletin Didik. Organisasi ini turut melebarkan sayap melalui kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Universiti Pertanian Malaysia, UNICEF, DELIMA, dan Didik TV KPM. Ramai ahli Akademi Youtuber dijemput dalam rancangan Didik TV KPM dan pelbagai lagi program ilmiah yang lain. Beberapa orang ahli bersama pengurusan tertinggi En Zuly Rahimie Zulkifli juga pernah mengadakan program rintis Akademi Youtuber dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam KPM Negeri Sembilan di Institut Latihan Islam Malaysia kampus Jelebu untuk membantu para guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam penghasilan dan suntingan video.

    Prihatin dengan nasib para murid yang turut terkesan terutamanya murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2020, Akademi Youtuber mengumpulkan sukarelawan untuk mengadakan kelas tuisyen dalam talian secara percuma. Istimewanya, bukan hanya murid Tingkatan 5 yang mendapat bimbingan, malah semua murid dari pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah ke tahap STPM dan matrikulasi. Meneruskan tugas hakiki, para guru ini mengorbankan masa terluang mereka dengan menyediakan bahan dan mengadakan kelas tuisyen ini untuk melihat kemenjadian para murid.

    Bukan itu sahaja, murid-murid ini juga turut diraikan melalui pelbagai program yang disediakan oleh Akademi Youtuber, antaranya program Ikon eDidik Junior, pertandingan ucapan kreatif Hari Raya Aidilfitri dan cabutan bertuah Rumah Terbuka Akademi Youtuber. Terbaharu, sistem kredit diperkenalkan agar murid dapat menebus mata ganjaran dengan pelbagai hadiah menarik. Usaha ini adalah untuk menghargai semangat murid-murid menyertai kelas tuisyen yang disediakan di samping mendapat ilmu dari kelas-kelas tersebut.

   

    Bukan sahaja mensasarkan kejayaan ahli Akademi Youtuber dan para murid, malahan para guru dan ibu bapa di luar sana juga mendapat manfaat melalui pelbagai program perkongsian yang dikelolakan oleh organisasi tersebut. Antara program yang dimaksudkan ialah program Yasin Perdana, Usrah Santai, Motivasi WOW, Cakna Jauhari, Mari Mengaji, Tazkiran Ilmu dan Mutiara Ilmu. Setiap episod program ini mendatangkan para tetamu dari dalam dan luar organisasi yang memberikan perkongsian yang menyentuh hati, membakar semangat dan mengisi jiwa dengan ilmu. Program-program ini nyata mendapat sambutan yang menggalakkan apabila mendapat ribuan tontonan semasa bersiaran.

    Tanggal 1 Julai 2021, genap setahun penubuhan Akademi Youtuber Malaysia. Pelbagai pahit manis suka duka ditempuhi dan bilangan ahli Akademi Youtuber semakin bertambah. Video-video PdPc yang berkualiti terus dihasilkan, memberikan manfaat kepada ribuan guru, malah jutaan murid di seluruh negara yang masih terperangkan dalam perintah kawalan pergerakan. Sepanjang setahun ditubuhkan ini juga, ramai di antara mereka yang telah menggenggam beberapa anugerah seperti Cikgu Farida bt Mohamad, meraih anugerah 1st Runner Up Wow PdPc video, Cikgu Noorilyana binti Razali, pemenang Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Pahang, Cikgu Hamidah binti Mat, anugerah Best Video Presenter Award, Cikgu Zatusy Syamam pemenang #09 EduYoutubers Challenge 2020 dan Cikgu Nur Fadhlina bt Khairuddin merangkul anugerah Guru Inspirasi 2021 oleh McDonalds Malaysia. Kejayaan turut dilakar oleh ahli-ahli akademi youtuber yang lain apabila ada antara mereka yang telah mencapai lebih 10 ribu subscriber dan puluhan ribu tontonan bagi setiap video.

    Hari ini 3 Julai 2021, Akademi Youtuber Malaysia berkongsi rasa syukur dan kegembiraan mereka dengan para murid dan ibu bapa serta guru-guru di seluruh Malaysia melalui sambutan gilang gemilang hari ulang tahun Akademi Youtuber yang pertama yang bersiaran secara langsung menerusi channel rasmi Akademi Youtuber. Antara acara yang dinanti-nantikan adalah cabutan bertuah yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM 5000. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara lain seperti persembahan guru, persembahan murid, permainan guru dan murid serta banyak lagi.

    Senyuman yang terukir di wajah lelah sang guru dan wajah polos murid-murid ini, jelas menggambarkan ukhwah yang terbina antara mereka, meskipun tidak pernah kenal mahupun bersua di alam nyata. Malah senyuman ini juga menjadi satu tanda kejayaan yang telah dicapai. Kejayaan dan kegembiraan murid adalah salah satu misi penting buat mereka. Semoga Akademi Youtuber terus gah mengorak langkah, menepis halangan dan cabaran dalam melahirkan lebih ramai guru yang berkaliber dan murid yang cemerlang.

Sambutan Hari Ulang Tahun Akademi Youtuber

Link video : https://www.youtube.com/watch?v=wBN29F3sHYY

πŸ”΄ [LIVE] KMK STPM (SEM 1/U1): BHG. C (CERPEN) OLEH CIKGU YUSNIDA #06 #TUISYENPERCUMA

No comments

13/02/2021

 PUSAT TUISYEN ONLINE AYU PERCUMA‼️‼️

Website

Description automatically generated with medium confidence

YYYY

πŸ‘πŸ‘PERTAMA DI MALAYSIA


πŸ’₯πŸ’₯πŸ”₯πŸ”₯LIVE LIVE


PANITIA SUBJEKTIF KOLABORATIF STPM

✅MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

✅TINGKATAN 6 (STPM)


SABTU 13/1/2021‼️ LIVE

Jam 3.30 Petang‼️ LIVE


❗️Jemput semua Join sama

❗️GURU / PELAJAR / IBU BAPA


✅E-SIJIL PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DISEDIAKAN    


XXXX


JOIN LINK KELAS YOUTUBE  

https://www.youtube.com/watch?v=fkaxsLfPPxk



Presenter ANDA : πŸ‘πŸ‘


CIKGU YUSNIDA @yuyusnida

 

SMK HAMZAH

MACHANG, KELANTAN



LINK CHANNEL✅

https://www.youtube.com/yuyusnida



PERMOHONAN EMAIL EDIDIK DISINI

http://bit.ly/akaunedidikv2



✅JOIN Group Telegram Pelajar 

 https://t.me/edidikjunior



✅Lebih banyak koleksi VIDEO PdPC di sini:

https://t.me/VideoPdPCgurumalaysia



https://www.akademiyoutuber.com/p/senarai-playlist-video-pdpc-mengikut.html



✅Semak jadual siaran langsung yang terkini di sini

πŸ“https://www.akademiyoutuber.com/p/pusat-tuisyen-ayu-pusat-tuisyen-percuma.html



AKADEMI YOUTUBER (AYU)

-EDIDIK MALAYSIA

-KELAB GURU MALAYSIA


πŸ”΄ [LIVE] Majlis Bacaan Yaasin Perdana Akademi Youtuber Malaysia

No comments

13/11/2020

 



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Majlis Bacaan Yaasin Perdana Akademi Youtuber Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 13 November 2020

Hari : Jumaat

Masa : 11: 00 pagi

Sasaran : Para Peserta AYU, Para Guru, Ibubapa & Murid-murid Se-Malaysia.


Siaran Langsung :

https://youtu.be/FkdbLVIvH2s


Ayuh sama-sama kita memeriahkan majlis ini. Semoga Malaysia dipelihara Allah daripada sebarang bahaya dan diangkat Covid-19 dari bumi Malaysia tercinta.


"SIHATKAN MALAYSIA!"

Tahniah! Senarai nama peserta Akademi Youtuber #Batch2 yang berjaya mendaftar untuk mengikuti Modul AYU

No comments

27/08/2020





Harap bersabar, tempoh menunggu untuk paparan senarai nama disediakan : 
3:00
Sila Reload halaman ini jika paparan masih tidak keluar selepas tamat waktu menunggu. Terima Kasih.

 

TAHNIAH KERANA BERJAYA MENYERTAI AKADEMI YOUTUBER
TEAM EDIDIK MALAYSIA DAN KELAB GURU MALAYSIA.

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA SEHINGGA 30 OGOS 2020!

SEKIRANYA STATUS ANDA BERWARNA KUNING, SILA KEMASKINI MAKLUMAT YANG TEPAT UNTUK NOMBOR KAD PENGENALAN, NOMBOR TELEFON (BIMBIT), DAN KOD SEKOLAH/INSTITUSI. 

KEGAGALAN MENGEMASKINI DALAM TEMPOH TERDEKAT AKAN MENYEBABKAN STATUS PENYERTAAN ANDA BERTUKAR KEPADA 'GAGAL'. 

TERIMA KASIH. 



Tahniah! Senarai nama peserta Akademi Youtuber #Batch1 yang berjaya mendaftar untuk mengikuti Modul AYU

72 comments

30/06/2020



Harap bersabar, tempoh menunggu untuk paparan senarai nama disediakan : 
3:00
Sila Reload halaman ini jika paparan masih tidak keluar selepas tamat waktu menunggu. Terima Kasih.

 

TAHNIAH KERANA BERJAYA MENYERTAI AKADEMI YOUTUBER
TEAM EDIDIK MALAYSIA DAN KELAB GURU MALAYSIA.

0-99 - Merah
100-199 - Putih
200,499 - Kuning
500 - 999 - Oren
1000 - Ungu


TERIMA KASIH. 



Akademi Youtuber Malaysia

9 comments

13/06/2020



SELAMAT DATANG 

'Akademi Youtuber' melaksanakan MODUL E-PEMBELAJARAN : PENGUASAAN APLIKASI YOUTUBE STUDIO UNTUK PENDIDIKAN  yang akan membimbing anda menjadi seorang Youtuber dengan cara yang betul. Bermula daripada membuka Channel, anda akan dibimbing mengikut level-level untuk melepasi semua cabaran demi cabaran yang telah ditetapkan. 

Sudah bersedia untuk menyahut cabaran?

CABARAN PERTAMA : SEBARKAN INFO GROUP INI KE SEMUA RANGKAIAN ANDA UNTUK DAPATKAN 10K POTENSI SUBSCRIBER UNTUK ANDA SENDIRI NANTI. 

KENAPA 10K ? - Ini salah satu sebabnya - https://www.cikgusuffi.com/2020/06/youtube-stories-for-creators-fungsi.html

Dibuka khas untuk guru-guru di Malaysia, 
kini murid anda tidak lagi hanya di dalam kelas atau sekolah tertentu, malah murid dari seluruh negara dapat berguru dengan ilmu yang anda miliki. 

Di akhir pelaksanaan modul ini akan melahirkan guru-guru yang boleh menguruskan Channel youtube untuk pihak jabatan/sekolah/kementerian, melaksanakan PDPC secara dalam talian, menerbitkan video-video ilmiah untuk kegunaan semua lapisan masyarakat, mengendalikan majlis-majlis penting peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan secara dalam talian, menyumbang kepada kaedah pembelajaran norma baharu. 

Sertai kami, dari guru untuk guru #kitabantukita ❤️❤️ terus tersemat di hati. 

⚠️ Kelas pertama untuk '1st Batch' akan bermula pada Julai, 2020.. nantikan wacana ilmu berkenaan pembentangan program ini.

Jom sertai kami di Telegram :

@AkademiYoutuber

Program Kerjasama :  eDidik Malaysia | Kelab Guru Malaysia | Youtuber GCMalaysia


Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia