Tahniah, Yu. Ismiyah! Anugerah Guru Inspirasi Perdana 2025
Akademi Youtuber (AYU) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yu. Ismiyah atas penganugerahan Anugerah Khas Guru Inspirasi Perdana Sekolah Rendah sempena majlis peringkat PPD Raub baru-baru ini.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa dedikasi, kasih sayang terhadap murid, dan usaha berterusan dalam membina budaya pembelajaran yang positif sentiasa memberi makna yang besar dalam dunia pendidikan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menginspirasi dan menjadi contoh buat para pendidik lain di seluruh negara.
Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa.
Tahniah daripada seluruh warga AYU! 🎉✨
