Tahniah Cikgu Savina - Naib Johan Ikon Adiguru Perak 2025! 🌟
Akademi Youtuber Malaysia (AYU) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Cikgu Savina atas kejayaan meraih Naib Johan Anugerah Ikon Adiguru dalam Majlis Apresiasi Guru Peringkat Negeri Perak 2025 yang berlangsung di MH Hotel, Ipoh.
Pengiktirafan ini menjadi lebih manis apabila ia melengkapkan deretan pencapaian beliau setelah sebelum ini dianugerahkan Anugerah Guru Inovasi Lepasan Menengah oleh JPN Perak - bukti konsisten terhadap kecemerlangan serta kesungguhan beliau dalam memperkasa dunia pendidikan.
Terima kasih juga, Cikgu Savina, kerana menyebut AYU sebagai sebahagian daripada sokongan yang membantu perjalanan kejayaan ini. Kami amat berbesar hati.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar impak, menyebarkan inspirasi dan memacu kecemerlangan pendidikan negara.
Tahniah sekali lagi daripada seluruh warga AYU - Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa. 🌟🎉
