Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

Tak pernah terbayang, dari seorang cikgu yang biasa biasa, kini berdiri sebagai Youtuber Pendidikan



Tak pernah terbayang, dari seorang cikgu yang biasa biasa, kini berdiri sebagai Youtuber Pendidikan. Dulu tak kenal apa itu thumbnail, tak tahu beza rakaman menegak atau mendatar. Tapi di AYU, saya mula belajar sedikit demi sedikit. Belajar dengan takut, tapi dibimbing dengan sabar. Setiap cabaran jadi titik perubahan, setiap teguran jadi penguat semangat.

Kalau nak sebut satu per satu, mungkin sampai esok pun belum selesai. Tapi yang pasti, saya takkan lupa akar AYU. Terima kasih YM Yu Sufi yang menjadi tunjang utama. Yu Mualim Hazar yang sentiasa memandu dengan tenang. Yu Zuly yang tak pernah luntur semangatnya. Ketua Panitia BM Yu LK yang membuka banyak pintu dan ruang.

Buat mentor mentor dari Cabaran 1 hingga Cabaran 5, terima kasih kerana tak pernah lelah membentuk kami. Kalian bukan hanya ajar tentang konten, tapi ajar kami tentang percaya diri dan kekuatan hati.

Untuk rakan cabaran — Yu Arham, Yu Raj, Yu Lihana dan semua adik beradik AYU, terima kasih kerana sentiasa ada. Kita pernah jatuh sama sama, tapi kita juga bangkit sama sama.

Di AYU, saya bukan hanya belajar tentang teknologi. Saya belajar tentang nilai, perjuangan, pengorbanan dan kekuatan guru yang tak pernah penat menyala dalam diam. Ini bukan penamat. Ini permulaan. Saya bawa nama SK Seri Melati, saya bawa semangat cikgu akar umbi, dan saya tahu… dari biasa, kita boleh jadi luar biasa — bila kita bersama.

Terima kasih AYU. Terima kasih kerana ubah saya.

#cikgufati #adikberadikAYU #YouTuberPendidikan #KonvokesyenAYU2025 #KitaBantuKita
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama