UCAPAN TAHNIAH DAN HARAPAN BUAT GRADUAN PANITIA BAHASA MELAYU AKADEMI YOUTUBER SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN AKADEMI YOUTUBER KALI KE-4 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita semua dapat menyaksikan satu lagi detik bersejarah dalam lipatan perjuangan dunia pendidikan digital – Majlis Konvokesyen Akademi Youtuber Kali ke-4 yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang secara maya pada 25 Mei 2025 | Ahad | 9.00 malam menerusi pautan:
🎓 TONTON ULANGAN MAJLIS KONVOKESYEN DI SINI
Sebagai Chief Ketua Panitia Bahasa Melayu Akademi Youtuber, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan Panitia Bahasa Melayu yang telah berjaya menamatkan pengajian dan sumbangan anda dalam Akademi Youtuber. Kegigihan, komitmen, dan semangat juang anda dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu menerusi platform digital amat kami hargai dan banggakan.
Majlis ini bukan sekadar simbolik kepada tamatnya satu fasa, tetapi juga permulaan kepada satu perjuangan baharu – perjuangan mendidik, menyebar ilmu, dan mencorak generasi celik digital melalui kandungan bermakna dan berkualiti.
Saya percaya, anda semua adalah duta-duta Bahasa Melayu digital yang akan terus memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan ini dalam ruang maya secara berhemah, kreatif, dan profesional.
SENARAI GRADUAN PANITIA BAHASA MELAYU
NG CHEE LIH @ YU. GRACE
SK MUTIARA KOTA KINABALU
Tahun sertai AYU: 2019
Saluran YouTube: https://youtube.com/@cikgugrace
Ucapan:
Tahniah kepada semua graduan AYU 2025! Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yu Suffi selaku YT Manager AYU, kesemua mentor-mentor AYU terutama Yu Zuly, Yu Abeja, Yu Rumainno, Yu Syamz, Yu ChekguLK, Yu Summer Pung dan semua sukarelawan AYU yg terlibat dalam AYU. Tanpa AYU, tiadalah Channel Cikgu Grace. Terima kasih banyak2, AYU. ❤️
AZLINA BINTI ZABHA @ YU. AZLINA ZABHA
SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
Tahun sertai AYU: 2020
Saluran YouTube: https://youtube.com/@azlinazabha
Ucapan:
Terima kasih Akademi Youtuber kerana membuka jalan untuk saya lebih berani berkarya secara digital khususnya penghasilan video, e-poster,dan ilmu streaming. Segala tunjuk ajar ini telah membentuk keyakinan dan kemahiran saya hingga ke tahap hari ini.
NURHAYATI BINTI IDRIS @ YU. YATTEY
SK KUALA KEMAMAN
Tahun sertai AYU: 2020
Saluran YouTube: www.youtube.com/@CikguYatteyNawi
Ucapan:
Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua mentor AYU yang banyak membantu saya sehingga sampai ke garisan penamat. Syukur kerana akhirnya saya dapat konvo akhir.
NORAZLINA BINTI NIZAL @ YU. AZLINALYN
SK KG KUALA PAJAM
Tahun sertai AYU: 2021
Saluran YouTube: https://www.youtube.com/@CikguAzlinaLyn
Ucapan:
Alhamdulillah akhirnya sampai ke penghujung. Banyak cabaran yg dilalui sepanjang bersama AYU. Terima kasih kepada semua sifu dan mentor hebat🔥🔥👍
SMK SERI KOTA PALOH
Tahun sertai AYU: 2024
Saluran YouTube: https://www.youtube.com/@channelcikgusalwa
Ucapan:
Terima kasih kepada semua yang memotivasikan dan mendorong saya sehingga ke tahap ini terutamanya Yu Suffi, Yu Zuly, Yu Ismat, Yu Dilla, Yu LK, Abeja, mentor2 dr C1 hingga C5, bff dlm AYU Tcer Huda, Cikgu Syaza, Cikgu Eiza, rakan-rakan AYU d C1 hingga C5, serta rakan lain yg turut membantu Cikgu rizal, Cikgu Saidatul, Cikgu Mai dan semua yg telribat secara langsung dna tidak langsung. Hanya Allah yg dpt balas jasa kalian. Teruskan bersama AYU kerana KITA BANTU KITA itu kenyataan yang tidak boleh disangkal. Semoga lebih ramai menyertai AYU selepas ini dan saya ekkal memberi info dan pengajaran di YouTube 😍 Love semuanya.
NUR SYUHADA BINTI RUSLI @ YU. DIKDA
SEKOLAH KEBANGSAAN SIPUTEH
Tahun sertai AYU: 2024
Saluran YouTube: https://www.youtube.com/@cikgudikda
Ucapan:
Alhamdulillah berdiri sebagai salah seorang graduan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Akademi Youtuber 4.0 merupakan satu penghormatan yang amat besar sepanjang perjuangan sebagai seorang pendidik. Terima kasih AYU. Sebuah platform luar biasa yang melahirkan ramai guru hebat. Terima kasih para mentor yang berkorban masa dan tenaga mencurahkan ilmu dalam mencorak dunia kami semua dengan penuh keikhlasan. Terima kasih rakan-rakan atas doa dan sokongan kalian. Terima kasih keluarga dan istimewa buat suami yang menjadi kekuatan dan sentiasa ada dalam setiap langkah perjuangan ini. Semoga hari ini menjadi permulaan untuk saya terus menyumbang dalam gelombang dunia pendidikan.
Sendirian kita biasa. Bersama-sama kita luar biasa❤️
SJKT MUKIM PUNDUT, LUMUT
Tahun sertai AYU: 2024
Saluran YouTube: http://www.youtube.com/@cikguindra
Ucapan:
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Youtuber yg telah memberi segala ilmu yang berharga dan bermanfaat demi membantu anak murid kita di seluruh Malaysia dan berasa sangat bangga kerana dapat meningkatkan tahap didikan saya dengan tunjuk ajar sifu2 AYU yg berkebolehan luar biasa sehingga berjaya grad pada hari ini🥰🥰
SK SERI MELATI
Tahun sertai AYU: 2024
Saluran YouTube: https://www.youtube.com/@CikguFati
Ucapan:
Dulu hanya tahu asas, kini makin berani berkarya. Setiap teguran yang dulu buat hati gerun, rupanya baja untuk terus tumbuh. Terima kasih mentor-mentor hebat yang tak pernah jemu membimbing, rakan-rakan seperjuangan yang selalu ada, dan diri sendiri yang terus kuat walau pernah hampir rebah. Terima kasih Akademi YouTuber Malaysia, terima kasih AYU kerana membuka jalan dan membuka mata. Alhmdulillah dah berkonvo kita. Hari ini kita berdiri dengan syukur. Esok, kita terus melangkah dengan yakin.
Kepada para graduan Panitia Bahasa Melayu, saya menyeru agar anda:
-
Terus berkarya dan berkongsi ilmu melalui video pendidikan, webinar, bengkel dan pelbagai platform digital lain.
-
Menjadi pemangkin kepada rakan guru lain untuk bersama-sama memanfaatkan teknologi dalam PdP.
-
Menyebarkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu dalam bentuk yang lebih dekat dengan jiwa generasi kini.
Kepada masyarakat di luar sana, khususnya ibu bapa dan komuniti pendidikan:
-
Sokonglah usaha murni para pendidik digital ini yang gigih mencurahkan ilmu secara percuma dan ikhlas demi anak-anak kita.
-
Jadilah pengguna digital yang celik dan menyokong kandungan yang membina, mendidik dan menyemai nilai murni.
Akhir kata, teruskanlah menjadi inspirasi dan pencetus perubahan dalam dunia pendidikan digital tanah air. Moga langkah kalian sentiasa diberkati dan diberi kekuatan untuk terus menyumbang tanpa jemu.
TAHNIAH GRADUAN PANITIA BAHASA MELAYU!
“Sendirian kita biasa, bersama-sama kita luar biasa”
Sekian, terima kasih.
CHEKGU LK
Chief Ketua Panitia Bahasa Melayu
Akademi Youtuber Malaysia
www.akademiyoutuber.com