Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

Setiap usaha, setiap cabaran yang dilalui bersama menjadikan kita lebih kuat, lebih bersatu dan leb…


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, saya diberi peluang menimba banyak ilmu daripada program Akademi Youtuber ini. Perjalanan ini bukan mudah, namun ia jadi indah kerana ditemani oleh insan-insan hebat yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan ilham.


Setiap langkah yang diambil dalam dunia AYU ini sarat dengan pengalaman berharga. Saya belajar bukan hanya tentang ilmu teknikal, tapi juga tentang erti kesungguhan, keikhlasan dan semangat memberi tanpa mengharap balasan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 
YM @Suffi , pengasas AYU yang menjadi pencetus perubahan besar dalam ekosistem pendidikan kita. Juga kepada Yu. @hanyluz, Yu. @hazareldien, Yu. @CfuSyamz serta semua ketua mentor — terima kasih atas tunjuk ajar, bimbingan dan kesabaran kalian membentuk kami hingga ke tahap ini.

Tidak dilupakan juga semua mentor AYU yang sentiasa bertungkus-lumus, sanggup meluangkan masa dan tenaga, berkongsi ilmu serta membimbing kami dengan penuh dedikasi. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas setiap usaha kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada barisan individu hebat yang sentiasa memberikan inspirasi dan galakan: 
@CikguRumainno, @rosymastura, @ali_asbj, @Z_Haziq, @CikguFatinZulkifli, @YuSuhaidi, @LinnZack, @chekgulk, @cikgusyazone, @DillaWahida, dan @eSmartRahman — anda semua luar biasa! Dan buat rakan-rakan seperjuangan yang hebat lagi bersemangat…

Tahniah
Anda semua adalah inspirasi. Setiap usaha, setiap cabaran yang dilalui bersama menjadikan kita lebih kuat, lebih bersatu dan lebih berani untuk terus menyumbang. Semoga semangat kita terus menyala, terus membara… bukan sekadar hari ini, tapi sepanjang perjalanan cikgu dalam dunia pendidikan ini. Teruskan menyinar, teruskan melangkah dengan yakin. AYU bukan sekadar komuniti — ia satu keluarga yang membina dan menggerakkan perubahan!

#TeamAYU #TerusBelajarTerusMenyumbang #AYUBergerakDenganHati
#Terusmenyala
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama