Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
anugerah

Cemerlang di Alam Maya, Gemilang di Dunia Nyata: 5 Guru Akademi Youtuber Terima Anugerah Kebangsaan…

 




Cemerlang di Alam Maya, Gemilang di Dunia Nyata: 5 Guru Akademi Youtuber Terima Anugerah Kebangsaan 2025


Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 yang berlangsung pada 14-16 Mei 2025 di Kuching, Sarawak berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan tema hari guru 2025 ialah “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” . Tema ini menekankan peranan guru sebagai agen perubahan utama dalam usaha mereformasi sistem pendidikan negara.


Dalam semangat ini, lima orang guru daripada Akademi Youtuber (AYU) telah menerima pengiktirafan kebangsaan atas sumbangan mereka dalam dunia pendidikan digital. Mereka menerima Anugerah Pencipta Kandungan Digital (Content Creator) yang kini memasuki tahun kedua. Menariknya, pada tahun lepas, Johan, Naib Johan, dan tempat ketiga bagi anugerah ini juga dimenangi oleh ahli AYU, membuktikan kekuatan komuniti ini dalam memperkasa pendidikan secara maya.


Sejarah Ringkas Akademi Youtuber


Akademi Youtuber ditubuhkan pada tahun 2020 semasa pandemik COVID-19 dengan visi untuk membantu guru-guru seluruh negara menguasai teknologi digital dalam pengajaran. Diasaskan oleh pendidik bersemangat tinggi iaitu Muhammad Suffi bin Yusof, Youtuber Manager Akademi Youtuber. Kini, AYU telah menjadi platform penting untuk guru berkongsi ilmu, menghasilkan kandungan pendidikan berkualiti, dan memperluas jangkauan mereka kepada murid di seluruh negara. Hari ini, AYU terus berkembang sebagai komuniti yang aktif dengan ribuan video pendidikan dalam pelbagai subjek, membantu murid menghadapi cabaran pembelajaran abad ke-21.




Penerima Anugerah Kebangsaan 2025 daripada Akademi Youtuber:


  1. Yu. Hazar – Johan Anugerah Khas Pendidikan: Pencipta Kandungan Digital
  2. Yu. Faradila – Johan Anugerah Ikon Guru DELIMa 
  3. Yu. Azlina  – Tempat Kedua Anugerah Khas Pendidikan: Pencipta Kandungan Digital
  4. Yu. Juliana – Tempat Ketiga Anugerah Khas Pendidikan: Pencipta Kandungan Digital
  5. Yu. Isma – Tempat Kedua Anugerah Ikon Guru TVET

Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi juga lambang kepada keberkesanan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ia mengukuhkan hakikat bahawa pendidikan abad ke-21 bukan sahaja berlaku dalam bilik darjah fizikal, tetapi juga di alam maya yang tiada sempadan.


Tahniah kepada semua penerima anugerah! Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada pendidik lain untuk terus berinovasi dan memperkasa dunia pendidikan.


Yu. Chekgu LK

❤️ https://www.youtube.com/ChekguLK ❤️

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama