Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Jom calonkan Cikgu kita untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2023, Ayuh!



Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Setiap daripada kita pasti memiliki guru yang menjadi idola dan sumber inspirasi untuk berjaya. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada didikan guru-guru di pelbagai peringkat. Melihat kepada kesungguhan guru-guru menyampaikan ilmu membawa kepada satu usaha murni yang anjurkan oleh McDonald's Malaysia mewujudkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's bagi menghargai jasa guru-guru seluruh negara. 


Para pelajar khususnya jangan lepaskan peluang ini dengan menjadi pencalon kepada guru-guru hebat yang berada di sekeliling kita. Kehebatan guru anda perlu diketengahkan dengan mencalonkan mereka untuk memenangi anugerah yang berprestij ini. Walaupun kita sedia maklum guru-guru melakukan sesuatu yang luar biasa sebenarnya bukanlah untuk mengejar apa-apa anugerah atau pengiktirafan sebaliknya kerana mereka seronok melakukannya sepenuh jiwa sebagai seorang pendidik. Namun, ruang dan peluang yang dibuka ini tidak boleh kita nafikan untuk berusaha mencalonkan kesemua guru sekeliling kita yang sangat memberi inspirasi dalam pendidikan kita. 

Post kali ini Cikgu menyeru semua para pelajar untuk mencalonkan guru masing-masing berdasarkan khidmat bakti mereka menjadikan kita insan berilmu. Langkah pencalonan juga begitu mudah kerana pelajar hanya perlu menceritakan semula kisah Guru Inspirasi tersebut kepada pihak McDonald's dalam bentuk penulisan untuk diteliti seterusnya terpilih diberikan anugerah. 

Jom hadiahkan guru-guru pilihan anda dengan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2023 dalam sambutan hari guru peringkat kebangsaan pada tahun ini. Cikgu doakan lebih ramai guru-guru hebat para pelajar dapat menjadi pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2023. 

Coretkan kisah magis mengenai  guru inspirasi anda dan kongsikan nukilan istimewa tersebut mulai 20 Mac 2023 sehingga 15 April 2023 di:

https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi

Bagi pencalonan Guru Inspirasi yang diterima daripada murid sekolah yang layak , murid turut menerima sijil penyertaan peringkat kebangsaan.

Sekolah bagi 25 orang guru yang berjaya dinobatkan Anugerah Guru Inspirasi juga akan menerima peruntukan penambahbaikan bilik guru di sekolah mereka sedang bertugas.

CALONKAN CIKGU ANDA SEKARANG!

BACA TERMA DAN SYARAT

"GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI"

#terimakasihcikgu
#CikguLuarBiasa
#AnugerahGuruInspirasi

Anugerah Guru Inspirasi
Anugerah McD
AGI2023


BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.





Sumber : https://www.cikgusuffi.com/2023/03/jom-calonkan-cikgu-kita-untuk-anugerah.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama