Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Cerita belakang tabir Hari Apresiasi dan Chowcase TS25, Hebat Guru Malaysia!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


"Di sebalik anak tangga yang kita daki, ada keringat yang perlu dihargai."
Tahniah semua murid yang diraikan dalam Majlis Apresiasi dan yang terlibat dengan Showcase TS25 yang berlangsung dengan jayanya pada 10/2/2023. Ingat keringat Ibu dan Ayah yang membesarkan kita, guru-guru yang meraikan kita, dan rakan-rakan yang memberi sokongan kepada kita semoga dengan ingatan itu akan menjadikan kita manusia beradab untuk memandu ilmu yang dimiliki pergi lebih jauh dari biasa. 


Macam biasa, Menjaga PA System antara jawatankuasa yang paling penting untuk memastikan kelancaran majlis. Pada kali ini diberi peluang untuk berganding bahu dengan Ustaz Syaibani, dan Cikgu Basri. 


Kalau dah nama Youtuber Pendidikan, mana boleh tak bawa kamera! setiap kenangan yang berlaku memiliki nilai yang sangat tinggi untuk anak-anak didik pada masa hadapan. Bersama kita pahat kenangan ini dalam ingatan untuk dikenang sepanjang hayat. Turut membantu team rakaman dokumentasi yang diketuai oleh Cikgu Mossaireen dan Cikgu Syahaize. 



Sekolah ramai guru-guru perempuan sudah biasa kita lihat, jadi kelainan pada kali ini kami tampilkan guru-guru lelaki SKPTLDM yang sangat berwibawa! Walaupun tak ramai, bila duduk macam ni nampak ramai juga la. 


Tak berapa jelas bila dah sampai digital zoom, next time nak hidupkan kembali Osmo+ untuk kebebasan merakam yang lebih menyeronokkan. Harap-harap sampai signal Wifi dia ke bilik PA System. Angle dah cukup cantik, kualiti akan sentiasa diberbaiki insyaAllah.


Tak reti duduk diam! Belakang saya tu 'Badang' SK Pangkalan TLDM, tak pernah hanya buat kerja sendiri... dah siap mesti pergi tolong kerja kawan-kawan lain yang belum siap. Sampai selesai semua baru tinggalkan dewan untuk majlis esok. Hebat kan? Tahniah guru muda hebat!


"Guru didenda mop lantai?"

Guru Muda Hebat! Cikgu Ikmal, satu dewan dia cari apa yang boleh dimop sampai berkilat balik lantai tu selepas kerja-kerja persediaan selesai. Saya dulu bukan setakat mop lantai, cabut rumput, siram pokok, kutip sampah, selalu kena... tapi bukan denda! Cikgu minta tolong.. kita buat saja tanpa banyak soal. Hasilnya bila kita pula minta tolong sekarang anak-anak murid pula mudah kerahkan tulang empat kerat mereka. Sifir mudah.


Peralatan semua dah bersedia untuk digunakan setelah diuji, lets go!


Majlis berlangsung mengambil masa lebih kurang 4 jam, permulaan memang dah rancang nak buat paling pendek yang mungkin sebab video panjang-panjang orang tak minat nak menonton. Masalah utama sekarang sudah sedaya upaya potong mana yang boleh potong tapi makin dipotong makin banyak pula scene kenangan menarik yang hadir. Lebih 200 footage bersaiz 23GB keseluruhannya dipilih yang terbaik digabung dengan gambar dari Cikgu Syahaize menjadikan durasi keseluruhan video ini selama 40 minit 39 saat.

Berapa lama untuk siapkan video ini? biarlah menjadi rahsia! yang penting kepuasan kita buat apa yang kita suka buat. Semoga ada anak-anak murid yang bila sudah dewasa nanti kembali ke video ini lontarkan info perkembangan kejayaan diri masing-masing di ruangan komen!. Yang tak ada kejayaan? Tiada anak murid cikgu yang tak berjaya semua ada kejayaan masing-masing... amin!














BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.





Sumber : https://www.cikgusuffi.com/2023/02/cerita-belakang-tabir-hari-apresiasi.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama