Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Hebat team ustazah kita uruskan siaran langsung di Youtube! #SegmenKhas

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Malam ni sambil-sambil selesaikan urusan markah UASA dapat mengikuti segmen khas ðŸ”´ [LIVE] JARI JEMARI YANA : JOM GUBAH BUNGA ORKID#04#AKADEMIYOUTUBER  yang dikendalikan oleh dianggotai oleh Ustazah Azimah, Ustazah Asiah, Ustazah Nurlina dan Ustazah Yuhanis. 

Saya agak teruja melihat kelancaran susun atur setiap SOP yang ditetapkan untuk bersiaran secara langsung. Tiada lagi isu-isu teknikal, berjalan lancar,perkongsian penuh ilmiah dan santai. Secara keseluruhannya boleh dirumuskan keupayaan rakan-rakan guru kita untuk mengendalikan penstriman langsung dalam keadaan bersahaja. Semoga kemahiran yang telah diperolehi dapat dimanfaatkan dan digunakan untuk sebarang aktiviti secara dalam talian di pelbagai peringkat selepas ini. 

Tidak dapat dinafikan untuk pertama kali bersiaran secara langsung walaupun tiada penonton memang akan ada sedikit gementar, berdasarkan modul di Akademi Youtuber latihan demi latihan perlu dijalankan untuk membuang rasa was-was, rasa gentar dan gemuruh mahupun kekok untuk beraksi secara langsung. Alhamdulillah hasilnya kita dapat lihat apabila sesuatu segmen khas itu berjalan lancar dan bersahaja. Keupayaan ini yang kita perlukan untuk memudahkan kita menjalankan apa jua tugasan yang diterima selepas ini sama ada dari pihak sekolah mahupun dari peringkat pejabat pendidikan daerah mahupun jabatan pendidikan negeri. 

Tahniah! 5 bintang penuh saya berikan di atas pencapaian luar biasa ini. Hebat Team Ustazah Kita!

Terima Kasih. 


Sumber : https://www.cikgusuffi.com/2023/01/hebat-team-ustazah-kita-uruskan-siaran.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama