Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

Hari Anugerah Cemerlang SMK Methodist ACS 2022

 




SMK Methodist ACS telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2022 pada 16 November, 2022 (Rabu) pada pukul 3.00 petang di Auditorium ACS Ipoh. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Tetamu Kehormat Yang Dihormati En. S. Kalaichelvan.

Ramai pelajar, pengawas sekolah dan juga guru-guru telah bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk menjayakan majlis berkenaan dengan lebih teratur dan sistematik.  Ibu bapa juga dijemput hadir ke majlis berkenaan bersama-sama dengan pelajar yang telah memperolehi keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman iaitu memperolehi keputusan terbaik mengikut kelas, peperiksaan percubaan  dan juga peperiksaan  SPM dan STPM 2021.

Pelajar juga telah memperolehi  anugerah cemerlang  untuk mataplejaran SPM,  STPM 2021.dan  aktiviti kokurikulum. Ramai pelajar yang berbakat telah memperolehi Anugerah Panji-Panji Penuh dan Anugerah Panji - Panji Separuh dalam bidang kokurikulum. 

Tambahan juga beberapa orang pelajar telah menerima Anugerah Khas Peperiksaan Awam Old Boy's Award (OBA)  Kategori STPM terbaik, Anugerah Khas Bahasa Melayu, Anugerah Khas Bahasa Inggeris, Anugerah Khas Bahasa Tamil, The Head Prefect Award, The Head Lady Prefect Award, The Head Librarian Award, Anugerah Bunn Award dan Anugerah All Rounder's Award.

Selain daripada ini juga, ramai pelajar juga telah melibatkan diri dalam acara persembahan pentas dan persembahan Multimedia.  Guru-guru juga telah melibatkan diri dalam menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2022. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung untuk menjayakan majlis.

https://www.youtube.com/watch?v=e--GWeNMtTM


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama