Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Akademi Youtuber

Pertandingan Pidato Kenegaraan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia #64 #AYUMERDEKA

 





❤️ RM1,111.11 Hadiah terkumpul untuk pertandingan PIDATO KENEGARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2021 dengan tema  "Malaysia Prihatin : Terima Kasih Cikgu!"  anjuran Akademi Youtuber, eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia. 


"GURU BERINOVASI, PELAJAR BERKREATIVITI!"


#HadiahMERDEKA #AYUMERDEKA


TEMPAT PERTAMA : RM311.11 + 200 Kredit AYU

TEMPAT KEDUA : RM200.00 + 150 Kredit AYU

TEMPAT KETIGA : RM100.00 + 100 Kredit AYU

SAGUHATI 20 PESERTA :  RM25.00 + 70 Kredit AYU

*Setiap peserta akan menerima AYU50 (Kredit Ganjaran AYU) ke dalam akaun eDidik Junior masing-masing. 


TEMA :  Malaysia Prihatin : Terima Kasih Cikgu!

DURASI :  Maksima 5 Minit.


TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 4,5,6 SELURUH NEGARA ( SEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA) 


TARIKH TAMAT HANTAR VIDEO :   25/8/2021

TARIKH YOUTUBER HANTAR PENYERTAAN : 30/8/2021

TARIKH MENGUNDI : 30/8/21 HINGGA 16/9/2021

TARIKH KEPUTUSAN : 30/9/2021


❤️ SYARAT UTAMA : 

1. Rakam video berpidato tanpa potongan pada mana-mana bahagian.

2. Rakaman video secara melintang, Paras kepala hingga bawah pinggang, boleh menggunakan green screen (jika ada) dan berbincang dengan Youtuber Pendidikan yang terlibat.

3. Pidato tidak boleh menyentuh mana-mana isu sensitif berkaitan agama, kaum, politik dan lain-lain. 

4. Pakaian yang menutup aurat dan tidak melanggar syarak.

5. Menggunakan Bahasa Melayu sahaja. 

6. Teks Pidato dicipta sendiri dengan bantuan guru dan ibu bapa.

7.  Terbuka kepada pelajar yang berumur 10 hingga 12 tahun sahaja. ( Sekolah kerajaan / swasta)

8. Hantar video kepada Youtuber Pendidikan (ahli akademi youtuber berdekatan/dikenali ), Youtuber akan edit dan muat naik ke channel mereka untuk menyertai pertandingan. 

9. Video terpilih akan disenaraikan dalam senarai untuk undian di portal AYU.

10. Penerima #HadiahMERDEKA akan diumumkan dalam tayangan perdana pada sambutan HARI MALAYSIA peringkat AYU! 

❤️ KRITERIA PEMENANG :

1.  Video mendapat views dan undian tertinggi di portal AYU.

2.  Video mendapat like dan views tertinggi di youtube.

3.  Syarat sah, video mesti dimuat naik ke Channel Youtube Youtuber AYU sahaja.

4. Kedudukan tempat akan ditentukan berdasarkan jumlah views, undian, dan penilaian  juri yang dilantik. 

5.  Seramai 23 peserta markah tertinggi perlu menghantar hantar softcopy teks pidato kepada urusetia pertandingan / youtuber pendidikan yang terlibat. 

6. Seramai 23 Peserta markah tertinggi layak ke peringkat penjurian seterusnya untuk sesi pidato spontan secara dalam talian.

"Guru berkarya, Murid Berjaya!"


*Terma dan syarat boleh berubah tanpa sebarang notis, pastikan melihat perubahan terkini dari halaman ini dari semasa ke semasa. Terima kasih. 

*Keputusan diadili oleh juri profesional adalah muktamad.






















































































































































































































































































Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan