Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

SAINS TINGKATAN 2 BAB 6: ASID DAN ALKALI

 Bab 6.1: Sifat Asid dan Alkali


Sifat asid dan alkali boleh dibezakan melalui beberapa faktor, seperti nilai pH, rasa, sifat mengakis, perubahan pada kertas litmus dan tindak balas dengan logam. Bagaimana cara untuk kita menentukan sesuatu bahan samada asid, alkali atau neutral? 


Kaedah yang biasa kita gunakan adalah dengan menggunakan kertas litmus biru dan merah, di mana asid akan menukarkan kertas litmus biru kepada merah, manakala alkali menukarkan kertas litmus merah kepada biru, dan neutral tidak akan menukarkan warna kertas litmus biru atau merah. Tetapi, setiap bahan berasid, neutral dan beralkali mempunyai nilai pH yang berbeza. 



Untuk mengetahui samada sesuatu bahan itu adalah berasid, beralkali atau neutral dan nilai pH bagi setiap bahan, kita boleh menggunakan pelbagai jenis penunjuk yang berbeza. Antaranya ialah dengan menggunakan kertas pH dan carta pH, penunjuk fenolftalein, penunjuk semesta, penunjuk metil jingga, kertas litmus biru dan kertas litmus merah.


Tonton video berikut untuk mendapatkan penerangan yang jelas tentang perbandingan sifat asid dan alkali, perubahan bagi bahan berasid, beralkali serta neutral apabila diuji dengan menggunakan penunjuk yang berbeza serta kekuatan asid dan alkali berdasarkan nilai pH.




Klik link latihan ini untuk menjawab soalan pengukuhan bagi tajuk 6.1 Sifat Asid dan Alkali

https://www.liveworksheets.com/2-uo898982bz


Bab 6.2: Peneutralan


Sengatan tebuan adalah beralkali dan boleh dirawat dengan menggunakan cuka, manakala sengatan lebah dan gigitan semut pula adalah berasid dan boleh dirawat dengan meletakkan ubat gigi. Bagaimana hal ini boleh berlaku?



Tindak balas di antara asid dan alkali akan menghasilkan garam dan air. Tindak balas ini dikenali sebagai peneutralan. Semasa peneutralan, asid dan alkali akan kehilangan sifatnya. Kaedah yang digunakan bagi tindak balas ini berlaku adalah pentitratan. Dalam kaedah ini, penunjuk fenolftalein akan dititiskan ke dalam alkali untuk menunjukkan perubahan warna bahan daripada alkali kepada neutral. 


Tonton video berikut untuk memahami dengan lebih jelas proses peneutralan yang berlaku melalui kaedah pentitratan ini. Video ini juga menerangkan tentang kepentingan peneutralan di dalam kehidupan harian. 




Klik link latihan ini untuk menjawab soalan pengukuhan bagi tajuk 6.2 Peneutralan

https://www.liveworksheets.com/2-ih899254is


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama