Tahniah Daripada Akademi Youtuber! 🌟
Dua Anugerah Sekaligus di Anugerah DUTA Negeri Pahang!
Akademi Youtuber dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada
Yu. Ismiyah binti Ismail atas kejayaan menerima dua anugerah berprestij dalam Anugerah DUTA – Digital Utilisation and Technology Awards Negeri Pahang.
Pencapaian tersebut ialah:
1. Anugerah Khas Taskforce Pendidikan Digital Negeri Pahang
2. Anugerah Harapan Guru Digital (GPGD)
Kejayaan ini jelas menunjukkan kesungguhan, komitmen dan kecaknaan Yu. Ismiyah dalam memanfaatkan teknologi digital untuk memperkasa PdP serta memberi impak kepada komuniti pendidikan di Negeri Pahang.
Pengiktirafan berganda ini bukan sahaja membuka lebih banyak ruang untuk berkarya, malah menjadi bukti bahawa usaha gigih dan semangat inovasi sentiasa dihargai.
Sesungguhnya, Akademi Youtuber amat berbangga dan mendoakan agar Yu. Ismiyah terus mara lebih jauh dalam dunia pendidikan digital, sekaligus menjadi inspirasi kepada lebih ramai guru di seluruh negara.
Tahniah dan terus menyala! 🔥✨
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
