Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pemimpin tertinggi Akademi Youtuber Malaysia: YM Yu Muhammad Suffi Yusof , CT Yu Zuly Rahimie Zulkfli dan CM وان حذرالدين . Kepimpinan kalian tidak hanya memimpin secara struktur, malah meniup semangat dan menyatukan hati-hati kami yang datang dari pelbagai latar belakang.
Perjalanan dari C1 hingga C5 bukan mudah. Ada kalanya terasa lelah, hampir menyerah. Tugasan demi tugasan datang silih berganti. Setiap tahap menuntut bukan sekadar masa dan tenaga, malah pengorbanan peribadi, kekuatan mental dan disiplin diri.
Namun, di sebalik segala cabaran itu, kami temui makna perjuangan yang sebenar. Kami belajar untuk terus berjuang walau letih, terus melangkah walau takut, dan terus memberi walau tidak diminta. Dan akhirnya, hari ini, kami berdiri sebagai graduan Konvokesyen AYU 4.0 tahun 2025, dengan penuh bangga dan syukur.
Terima kasih atas kepercayaan, bimbingan, dan kesabaran semua mentor C1 hingga C5: Yu Muallim Syamz AlMarbawi , Yu Dilla Wahida , Yu Ismat, Yu Chekgu LK , Yu Pak Malau Mazni Bin Othman, KP Matematik SR Yu Nita, tulus dari hati.
Sekali AYU, selamanya AYU. Bersama mendidik, bersama berbakti.
#AdikBeradikAYU
#akademiyoutuber
#sendirikitabiasa
#bersama2luarbiasa
#konvokesyenayu4
#kitabantukita
Tags
featured