Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
💐Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat dan nikmat-Nya yang tidak terhingga ini.
💐Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YM @Suffi, selaku Pengasas AYU, serta Yu. @hanyluz, Yu. @Abeja, ketua-ketua mentor Challenge 1-5, dan seluruh barisan mentor AYU tanpa jemu dalam membimbing dan berkongsi ilmu dengan kami semua.
💐Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan para mentor amat besar ertinya buat saya. Daripada seorang yang tidak memiliki asas dalam bidang kandungan digital, saya kini semakin yakin dan bersemangat untuk terus berkarya dan menyumbang melalui penghasilan kandungan yang berkualiti serta bermanfaat.
💐Semoga segala jasa baik dan keikhlasan yang dicurahkan akan diberkati serta dibalas dengan ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
Buat semua rakan seperjuangan, setinggi-tinggi tahniah diucapkan! Kita telah membuktikan bahawa kemampuan itu bukan terletak pada pengalaman semata-mata, tetapi pada usaha, semangat, dan kesungguhan yang tidak pernah luntur.
Semoga kita semua terus maju, terus menyala, dan terus memberi impak positif dalam komuniti AYU dan masyarakat keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.
#kitabantukita
#sendiriankitabiasa
#bersamakitaluarbiasa
#teruskanberkarya
Tags
featured