Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

Dalam jutaan insan yang hebat di luar sana, Kau pilih aku yang biasa-biasa ini sebagai Johan Anuger…


✨JOHAN ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN: PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2025✨

Alhamdulillah Ya Allah…

Dalam jutaan insan yang hebat di luar sana, Kau pilih aku yang biasa-biasa ini sebagai Johan Anugerah Khas Pendidikan : Pencipta Kandungan Digital Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Guru 2025.

Tiada kata secantik bahasa, tiada ungkapan yang cukup sempurna untuk menggambarkan betapa dalamnya rasa syukur ini.

Buat Bonda Kamariah Mahmood tercinta, yang tak pernah jemu menitipkan doa dalam setiap hela nafasnya, kejayaan ini hadiah untukmu. Buat isteri tersayang Azwani Shaari dan anak-anak baba yang sentiasa menjadi "support system" untuk baba. Buat adik-beradik, ipar duai yang sentiasa jadi penyokong senyap, kalian tahu saya tak pernah sendiri.

Dedikasi buat Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, terutamanya penyelaras kategori ini Tuan Hamizi Mahpop yang sentiasa berhubung semasa penyediaan dokumen pertandingan. Tidak dilupakan mentor kami Tuan Junaidi dan Puan Khalipah Mastura Khalid yang telah membimbing seawal kami dicalonkan.

Buat Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, terutamanya Puan Suhana Ajib dan Puan Saliza Shamsuddin yang telah "memaksa" saya untuk mewakili daerah ke negeri, terima kasih atas "paksaan" itu. Teristimewa buat Guru Besar ummi Norafidah Abdul Rahim dan seluruh pentadbir SK Sri Limau
serta sahabat guru-guru SK Sri Limau yang hebat dan sentiasa menyokong saya, terima kasih kerana mempercayai langkah kecil ini untuk menjadi impak besar dalam pendidikan.

Juga buat Akademi Youtuber Malaysia - AYU, terutamanya YM Muhammad Suffi Yusof dan CYT Zuly Rahimie Zulkfli serta semua adik-beradik AYU, tidak dilupakan penerima anugerah 2023 & 2024 Sis Chekgu LK dan Sis Cikgu Yuhanisah yang sudi guide saya. Inilah platform pertama yang menyemai benih keyakinan dalam diri saya sejak tahun 2020. Platform inilah yang membentuk saya menjadi pencipta kandungan digital pendidikan dan hari ini, benih itu tumbuh mekar dan membuahkan hasil yang tak ternilai.

Saya percaya, setiap kejayaan bermula dari satu titik percaya, dan hari ini, saya hanya ingin ucap :

Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.

Untuk semua yang hadir dalam perjalanan ini — kalian adalah sebahagian dari sejarah hidup saya.

Tahniah juga buat semua rakan-rakan yang telah berjaya dalam kategori masing-masing terutamanya rakan-rakan yang mewakili Kedah. 

6 Johan.
3 Naib Johan.
2 Tempat ketiga.

"Guru Pemacu Reformasi Pendidikan"

#MuallimHazar
#HariGuru2025
#AnugerahKhasPendidikan
#PenciptaKandunganDigital
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama