Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

Alhamdulillah selepas setahun perjalanan dalam Akademi Youtuber (AYU), akhirnya saya berjaya tamatk…

Appreciation post ini mungkin tidak sama dengan adikberadik² AYU yang lain. Sayu untuk saya karangkan ayat² untuk hantaran kali ini.

Alhamdulillah selepas setahun perjalanan dalam Akademi Youtuber (AYU), akhirnya saya berjaya tamatkan pembelajaran ini dengan jayanya.

Siapa sangka, dari seorang Tiktoker, bertukar jadi Youtuber. Dari hanya berkongsi tips dalam dunia Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk ibubapa dan guru, bertukar mengajar terus anak² kecil secara atas talian.

Bukan satu perjalanan yang mudah. Terlalu banyak cabaran sepanjang perjalanan. Tidak pernah merancang untuk sertai keluarga besar AYU. Bermula dengan hanya saja² masuk kerana mahu 'cantikkan' portfolio peribadi saya dalam dunia digital. Tapi ini lah prinsip seketul Syaza Yasmin - 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'.

Terlalu banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang pembelajaran setahun ini. Paling penting, saya jumpa 'circle' yang mungkin saya takkan jumpa di tempat lain. Saling bantu membantu, saling memberi sokongan antara satu sama lain. Bukan hanya antara rakan² 1 batch, malah mentor² dan graduan yang telah berjaya juga sangat membantu kami yang sedang belajar ketika itu. Mereka tidak pernah berputus asa mengajar, membimbing dan membantu kami yang kadang² sedikit perlahan dan perlukan sokongan penuh dalam pembelajaran.

Perjalanan saya bukan mudah, tugas hakiki yang tidak pernah putus, anak² kecil yang sentiasa berpaut mahukan mamanya, kekangan rumah tiada bilik yang kedap bunyi dan kurangnya fasiliti yang sesuai. 

Tapi di belakang saya ada sesosok tubuh yang jadi tulang belakang saya di setiap video dan LIVE dalam Channel Cikgu Yasmin iaitu arwah suami saya, Muhammad Faruqhi bin Azmi.

Tidak pernah sekali dia mengeluh bila saya minta tolong dalam proses menyiapkan tugasan AYU. Tidak pernah sekali dia menolak untuk jaga anak sepanjang saya mahu ke udara (LIVE). 

Di cabaran terakhir AYU, kami dalam proses berpindah dari KL ke Kedah. Tiada talian internet di rumah, dia la yang bertungkus-lumus cuba selesaikan masalah saya agar saya dapat ke udara dengan lancar. Betapa besarnya jasa dia dalam kejayaan saya kali ini. Tanpa dia, mungkin Yu Syaza Yasmin hanya impian yang tidak mungkin tercapai.

Abg, terima kasih untuk segalanya. Saya sangat hargai setiap pengorbanan dan pertolongan Abg.

Semoga video pembelajaran dan LIVE di Channel Cikgu Yasmin dapat memberi manfaat kepada dia di sana.

Doakan arwah suami saya, Muhammad Faruqhi bin Azmi.

Al-Fatihah ❤️

Salam sayang,
Yu Syaza Yasmin
Graduan Akademi Youtuber 4.0
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama