Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

TALKSHOW 13/23 : Marhaban Ya Ramadhan @ SK Bandar Seri Putra, Bangi

 



Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalender Islam yang dianggap sebagai bulan suci di mana umat Islam berpuasa daripada terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari. Selama bulan Ramadan, umat Islam juga diharapkan untuk meningkatkan ibadah, membaca Al-Quran, memberikan sedekah dan memperbanyak doa. Puasa Ramadan ialah satu kewajiban bagi setiap Muslim dewasa dan sihat yang mampu melakukannya. Bulan Ramadan diakhiri dengan perayaan Idul Fitri yang merupakan hari raya penting bagi umat Islam.

Ramadan juga dianggap sebagai bulan kesempatan untuk memperbaiki hubungan sosial dan keluarga, serta memperkuat rasa kebersamaan dalam masyarakat. Oleh kerana itu, selama Ramadan, umat Muslim juga sering melakukan kegiatan sosial seperti berkongsi makanan dengan orang yang berhajat dan mengunjungi keluarga dan tetangga.

Ibadah Ramadan memiliki tujuan utama untuk meningkatkan ketakwaan dan kesedaran dikalangan umat Islam serta memperkuatkan rasa kebersamaan dalam masyarakat.




Minggu lepas saya berpeluang bersama warga SK Bandar Seri Putra, Bangi dalam slot talkshow Ramadan. Ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke sana.

Sesampai saja di pagar sekolah, terasa amat kagum dengan bangunan dan prasarana sekolah. Ianya menyamai kolej atau universiti. Ketika dibawa ke dewan utama, terus rasa teruja untuk bertalkshow. Ini kerana dewan yang agak besar, p.a sistem yang mantap dan skrin LCD besar dan jelas ditonton. 


Paling teruja apabila murid-murid mula masuk ke dewan. Bilangan mereka melebihi 1500 orang. Fuhh!! Sebesar semut je saya tengok dari atas pentas..😂😂

Alhamdulillah. Sejam bersama mereka diisi sepenuhnya dengan pengisian yang positif. Kata ustazah sekolah tu : "kami segan nak jemput penceramah luar sebenarnya sebab murid-murid kami agak bising dan sukar dikendalikan. Tapi hari ni, mereka enjoy dan dapat ikuti setiap aktiviti muallim..."




Diakhir program, mereka serbu ke pentas untuk mengambil autograf. Part ni saya kurang gemar sebenarnya. Tapi, ku layan jelah...😂😂

NOTA : Benar! Setiap penceramah ada HARGA tersendiri berdasarkan ILMU, PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN masing-masing.


Terima kasih diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Bandar Seri Putra, Bagi di atas jemputan ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua yang mendengar. Amin! Amin! Amin!



MUALLLIM HAZAR
1 April 2023



Sumber : https://www.muallimhazar.com/2023/04/talkshow-1323-marhaban-ya-ramadhan-sk.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama