Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Pencarian Cikgu Juara Digital 2023 makin meriah!





Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Adakah anda sudah menyertai misi pencarian pada kali ini?
Adakah anda merasakan bahawa masih belum cukup eviden?
Adakah anda masih ragu-ragu dengan keupayaan dan pencapaian diri sendiri?

Bangkit! Itu semua bisikan dan andaian yang tidak membawa kita ke mana-mana. Keupayaan dan kemampuan kita untuk dinilai, bukan untuk disimpan dengan pelbagai andaian sendiri yang menjadi halangan. Serahkan kepada yang pakar, penilaian mereka sejauh mana kita sudah layak atau belum. 

Alhamdulillah untuk pencarian kali ini saya masih komited mempengaruh kesemua ahli Akademi Youtuber untuk menghantar penyertaan kerana secara peribadinya saya melihat berdasarkan komitmen mereka yang bersengkang mata belajar untuk menguasai kemahiran sebagai 'Content Creator'  selayaknya mendapat penghargaan dan pengiktirafan seperti ini.

Sekadar paluan rentak gendang yang sama untuk penyertaan Edufluencer KPM yang membuahkan hasil seramai 18 ahli terpilih untuk diiktiraf begitu juga dengan pencarian CJD pada kali ini dengan harapan jumlah yang terpilih semakin ramai kerana peluang dan ruang yang dibuka sangat luas!.

Tiba-tiba semangat datang berkobar-kobar untuk terus mengejar ahli-ahli AYU yang belum menghantar penyertaan selepas menonton perkongsian daripada En.Johan dari MDEC dan Cikgu EL Juara CJD 2021. Sesi perkongsian kerjasama Persatuan Guru-Guru STEM Malaysia dengan Akademi Youtuber buat julung kali melihat satu kerjasama yang boleh diteruskan untuk program-program berkaitan pendigitalan dunia pendidikan di Malaysia. 

Selamat berjuang semua rakan-rakan, semoga apa yang kalian buat sebelum ini mendapat ganjaran yang setimpal kerana tidak semua sanggup meluangkan masa begitu banyak berkorban untuk menghabiskan 5 Modul yang menjadikan anda seorang Youtuber Pendidikan yang hebat! Semoga terpilih dan terus menerbitkan konten pendidikan bermutu untuk meninggalkan sesuatu yang hebat untuk kesejahteraan negara. 

Selamat maju jaya!



 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.





Sumber : https://www.cikgusuffi.com/2023/03/pencarian-cikgu-juara-digital-2023.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama