Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Menjauhi Percakapan dan Perbuatan Dusta - Hadith Ramadhan

Hadith Ramadhan

 Hadith: Menjauhi Percakapan dan Perbuatan Dusta 


Terjemahan Hadith: 
Adam bin Abu Iyas telah menceritakan kepada kami, Ibnu Abu Dza'bi telah menceritakan kepada kami, Sa'id Al Maqbariy telah menceritakan kepada kami , dari ayahnya, daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya." 


Pengajaran : 

1. Ibadah puasa merupakan ibadah jasmaniah dan rohaniah. Ia menjadi ibadah jasmaniah kerana menuntut kepada setiap yang berpuasa menahan lapar dan dahaga, serta daripada melakukan perkara lain yang membatalkan puasa.

2. Puasa dikatakan sebagai ibadah rohaniah kerana ia menuntut agar setiap yang berpuasa bukan sahaja menjalani ibadah jasmaniah bahkan rohaniah iaitu dengan menahan diri daripada segala perkara yang akan mengurangkan pahala ibadah puasa termasuklah ucapan, perbuatan dan lintasan hati serta maksiat.

3. Antara perkara yang ditegah dalam Islam adalah percakapan dan perbuatan yang membawa kepada pendustaan. Justeru, setiap Muslim hendaklah menjauhi percakapan dan perbuatan dusta agar ibadah puasa yang dilakukan mendapat pahala dan tidak menjadi sia-sia, serta membuahkan natijah kepada rohaniah orang yang berpuasa.

Sumber: E-Hadith JAKIM


Sumber : https://www.imazzmedia.com/2023/03/menjauhi-percakapan-dan-perbuatan-dusta.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama