Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

TALKSHOW 07/23 : Hayya Bil Arabiyyah @ SRI Integrasi Tahfiz As Syakirin Bandar Seri Putra, Bangi

 


Bahasa Arab adalah bahasa Semantik yang digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai bahasa ibadah dan bahasa rasmi di beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika Utara. Bahasa Arab juga memiliki pengaruh besar dalam sejarah, budaya, ilmu pengetahuan, dan teknologi.

Bahasa Arab juga merupakan bahasa penting dalam bidang ilmu pengetahuan, terutama dalam matematik, astronomi dan kedoktoran. Ini karana banyak penemuan dan teori penting dalam bidang ini diterbitkan dalam bahasa Arab.

Bahasa Arab memiliki sistem tatabahasa yang kompleks dan memiliki beberapa variasi dialek. Namun bahasa Arab standard digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa komunikasi antara negara. Belajar bahasa Arab memerlukan usaha dan komitmen yang konsisten, namun akan memberikan manfaat bagi peribadi dan karier, terutama dalam bidang perniagaan dan ekonomi.

Secara umum, bahasa Arab adalah bahasa yang penting dan memainkan peranan besar dalam berbagai bidang serta dapat membantu dalam memperkuatkan hubungan antara negara dan budaya.


Pada 10/2/2023 lepas, saya berpeluang untuk mengisi slot motivasi Hayya Bil Arabiyyah bersama murid-murid tahun 3 - 6 di SRI Integrasi Tahfiz As Syakirin cawangan Bandar Seri Putra, Bangi. Ianya diadakan selama 2 jam dengan pengisian yang padat berkaitan dengan tahbib lughah. Tujuan utama program ini dilaksanakan ialah untuk melahirkan rasa minat dan cintakan Bahasa Arab dikalangan para peserta.

Perjalanan ke sana memakan masa lebih satu jam dengan meredah kesesakan lalulintas yang agak teruk dengan jarak 58km satu hala. Allah permudahkan segalanya, saya sempat sampai di sana 15 minit sebelum program dimulakan.




Selama 2 jam beraktiviti bersama mereka tidak terasa. Bahkan ada dikalangan peserta menyatakan sekejap sahaja masa berlalu dan mereka masih tidak puas untuk beraktiviti lagi. Benar! Kaedah mengajar dan belajar Bahasa Arab ini sangat banyak. Saya lebih suka menggunakan kaedah didik hibur atau edu-tainment dengan aktiviti aktif seperti permainan, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Setiap guru Bahasa Arab hperlu kreatif dalam proses pembelajaran bagi mengelakkan para pelajar merasa bosan dan beranggapan bahawa belajar Bahasa Arab itu susah.


Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan buat pengurusan As Syakirin yang telah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di sekolah-sekolah kelolaan mereka. Semoga Allah memberkati setiap kerja buat kita dan dikira sebagai ibadah. Jumpa lagi nanti.

MUALLIM HAZAR
11 Februari 2023


Sumber : https://www.muallimhazar.com/2023/02/talkshow-0723-hayya-bil-arabiyyah-sri.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama