Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 4 TAHUN 2009 : KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILUL…

 


Cuti Bergaji Penuh :
5.1 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh adalah seperti berikut: 

(a) layak menerima gaji penuh bulanan; 

(b) layak menerima imbuhan tetap seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, 
     Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap
     Jawatan Utama/ Gred Khas. Bagi pegawai yang diluluskan Cuti Belajar
     Bergaji Penuh (CBBP) dengan biasiswa, mereka boleh memilih sama ada
     untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan atau Elaun Bantuan Sewa
     Rumah yang disediakan di bawah pakej biasiswa; 

(c) layak menerima elaun dan kemudahan mengikut syarat kelulusan cuti dan
     peraturan yang berkuat kuasa. Sebagai contoh, layak Elaun Perumahan
     Wilayah kecuali bagi pegawai yang berkursus melebihi tiga (3) bulan; 3 

(d) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira sebagai sebahagian daripada
     tempoh percubaan; 

(e) layak dipertimbangkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
     mengikut syarat yang berkuat kuasa; 

(f) layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) sebenar sama ada
     Pergerakan Gaji Biasa atau Anjakan Gaji berdasarkan keputusan Panel
     Pembangunan Sumber Manusia; 

(g) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan sekiranya: 
    (i) menggunakan kemudahan Cuti Rehat sebelum genap 28 hari tempoh
        pemangkuan kecuali penggunaan kemudahan Cuti Rehat atas sebab-sebab
        kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada
        6 hari bekerja; atau 

   (ii) bercuti sebanyak 28 hari atau lebih secara berturut turut selepas
        menggenapkan 28 hari mulai tarikh memangku kecuali atas sebab
        menghadiri kursus yang diarah oleh Kerajaan, meninggalkan jawatan untuk
        menjalankan tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan atau Cuti Sakit.
        Tempoh tersebut hendaklah tidak melebihi 92 hari berturut-turut. 4 

(h) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya: 
     (i) menggunakan kemudahan Cuti Rehat sebelum genap 28 hari pertama
         dalam tempoh penanggungan kerja kali pertama atau sebelum genap 14
         hari pertama bagi penanggungan kerja kali kedua atau seterusnya atas
         jawatan yang sama kecuali Cuti Rehat atas sebab sebab kecemasan serta
         Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja;
         atau 

    (ii) meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu (sama ada
         penanggungan kerja kali pertama atau seterusnya) termasuk cuti secara
         bergaji penuh selama 14 hari atau lebih secara berturut-turut dengan
         mengambil kira hari rehat mingguan dan kelepasan am; 

(i) layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam secara penuh bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan; 

(j) layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kecuali kepada pegawai apabila berada dalam keadaan seperti berikut: 
    (i) Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut; 5 
    (ii) Cuti Haji; 
    (iii) Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut; 
    (iv) Cuti Bersalin; 
    (v) Cuti Belajar melebihi tiga (3) bulan kecuali Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pensyarah Pelatih Perubatan/ Pensyarah Perubatan (Pelatih) yang layak di atas kadar sebenar/ separuh yang mengikuti kursus Sarjana Perubatan atau Pergigian yang mana berkenaan di bawah program kepakaran yang dilaksanakan di dalam negeri mengikut Sistem Terbuka/ Sistem Tertutup; atau (vi) kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas yang melebihi 28 hari berturut turut. 

(k) layak dibayar Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) kecuali kepada pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut: 
     (i) Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut; 
     (ii) Cuti Haji; 
     (iii) Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut; 6 
     (iv) Cuti Bersalin; (v) Cuti Belajar melebihi tiga (3) bulan; atau 
     (vi) kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas yang melebihi 28 hari berturut turut. 

 (l) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBBP untuk berkhidmat dengan Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian; 

(m) baki Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum memulakan cuti adalah tertakluk kepada peraturan Membawa Ke Hadapan Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Diambil; 

 (n) bagi pegawai yang diluluskan CBBP melebihi 12 bulan, semua cuti rehat yang pegawai berkelayakan sebelum tarikh CBBP tersebut adalah luput. Walau bagaimanapun, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan tertakluk kepada had sehingga 7 hari sekiranya pegawai masih mempunyai baki Cuti Rehat sebelum tarikh kuat kuasa CBBP. Cuti Rehat ini tidak perlu ditolak dari Cuti Rehat yang pegawai akan berkelayakan setelah pegawai berkhidmat semula; 

(o) tempoh Cuti Bergaji Penuh diambil kira untuk tujuan kekananan pegawai; 7 

(p) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat yang
     ditetapkan; 

 (q) tempoh CBBP yang melebihi 92 hari, Cuti Haji dan Cuti Tibi, Kusta dan Barah tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan; 

(r) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen; 

(s) tempoh cuti secara bergaji penuh akan diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain; 

(t) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira dalam tempoh notis peletakan jawatan; 

(u) tidak layak dibayar emolumen bagi tempoh pegawai mengambil Cuti Rehat melebihi kelayakan pada tahun semasa termasuk Cuti Rehat yang telah dibawa ke hadapan. Bilangan hari yang terlebih ambil hendaklah dianggap sebagai Cuti Tanpa Gaji dan ditolak daripada Cuti Tanpa Gaji yang pegawai berkelayakan di bawah Perintah Am 14 Bab C, 1974. Pegawai juga boleh dikenakan tindakan tatatertib; 8 

(v) tidak layak dibayar emolumen bagi tempoh pegawai mengambil cuti-cuti lain seperti Cuti Isteri Bersalin, Cuti Kematian Ahli Keluarga Terdekat dan Cuti Latihan Pasukan Sukarela yang melebihi kelayakan mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Tindakan ini hanya boleh diambil setelah tempoh cuti yang terlebih itu ditolak daripada Cuti Rehat yang pegawai layak pada masa itu; 

 (w) layak dibayar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBBP di dalam negara. Kadar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBBP di dalam negara adalah mengikut lokasi institusi pengajian pegawai; 

 (x) layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah bagi pegawai yang diluluskan kursus tidak melebihi tiga (3) bulan. Bagi yang diluluskan CBBP melebihi tiga (3) bulan tidak layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah; dan 

(y) tempoh cuti akademik semasa pegawai diluluskan CBBP bagi tempoh 12 bulan atau kurang perlu ditolak dari jumlah Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum bercuti.



(Klik di sini untuk melihat maklumat tentang 
Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji)



Sumber : https://www.cikgunorainiothman.com/2023/02/surat-pekeliling-perkhidmatan-bil-4.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama