Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

KURSUS E-PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)

 


Dimaklumkan bahawa kursus e-pembelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (e-PKJR) telah berjaya dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama pegawai-pegawal Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembangunan e-PKJR ini adalah untuk memastikan kelestarian pelaksanaan bimbingan guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia yang telah dilaksanakan secara fizikal sepanjang tahun 2018 hingga 2020. Inisiatif e-PKJR ini juga diambil rentetan penularan Cavid-19 yang menghalang pelaksanaan bimbingan secara fizikal.


Objektif pelaksanaan e-PKJR adalah seperti berikut:

  • Memberi bimbingan kepada guru-guru BM seluruh Malaysia secara dalam talian tentang penyerapan ilmu PKJR dalam PdP BM peringkat Sekolah Rendah dan Menengah. 
  • Melahirkan guru yang mahir menyerap ilmu keselamatan jalan raya dalam PdP BM secara optimum. 
  • Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan amalan keselamatan jalan raya dalam kalangan guru-guru dan Pendidikan. 


E-PKJR boleh diakses melalui laman sesawang epkjr.gov.my. Semua guru perlu mendaftar akaun pengguna sebelum mengikuti kursus yang disediakan.


PAUTAN VIDEO TUTORIAL KURSUS:

https://youtu.be/i-b1EUvkCVw



Sekian.

www.cikgushidee.com 




Sumber : https://www.cikgushidee.com/2023/02/kursus-e-pembelajaran-pendidikan.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama