Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Anugerah Khas Guru disampaikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan, Tentera Laut Di Raja Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!




Malam Apresiasi Kokurikulum SK Pangkalan TLDM dikejutkan apabila turut tersenarai dalam penerima Anugerah Khas Guru yang dirahsiakan. Anugerah ini disempurnakan penyampaiannya oleh Laksamana Muda Dato' Anuar Bin Mohamed, Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Di Raja Malaysia. 

Majlis ini diadakan istimewa untuk meraikan semua pelajar dan guru yang terlibat aktif dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun ini. Selain daripada itu, turut menjadi sebahagian daripada kenangan terakhir bersama pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan sesi persekolahan di sekolah rendah selepas ini. 


Pada masa yang sama, turut mengiringi Dato' Anuar adalah rakan-rakan penaja yang banyak memberikan sumbangan kepada sekolah. Pelbagai program menarik telah berjaya dijalankan kerjasama dengan pihak luar yang memberi impak kepada kemenjadian murid SK Pangkalan TLDM. 


Tidak ketinggalan, mengenang rakan guru dan staf yang banyak berjasa kepada SKPTLDM turut dijemput meraikan jasa mereka sempena pertukaran ke tempat baharu. Semoga En. Suhairi dan Ustazah Nooraswani teruskan kecemerlangan di tempat baharu.


Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Dato' Panglima, barisan pentadbiran tertinggi City Harbour International School, para penaja dan sukarelawan.


Warga SKPTLDM bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan tetamu VVIP sebelum meninggalkan majlis. 


Sebahagian daripada 'Orang Kuat' majlis pada malam ini dengan kepakaran masing-masing.



Macam biasa, malam ini mengetuai jawatankuasa Dokumentasi kita berikan komitmen penuh untuk merakam sebanyak yang mungkin kenangan untuk masa hadapan. Bila tengok kepada output video malam ini merasakan sudah sampai masanya untuk mencari gajet tambahan untuk kestabilan sebab bila beraksi di dalam dewan banyak pergerakan yang boleh mencacatkan rakaman jika tiada kestabilan. Zhiyun Crane M3 mungkin penyelesaian yang terbaik buat masa ini. Menabung mulai esok! hehe.. 


Gambar terakhir untuk malam ini sebelum masing-masing meninggalkan Auditorium M.Sidek Shabudin, TLDM, Lumut, Perak. Semoga guru-guru terus kuat dan bersemangat untuk melahirkan generasi hebat demi kesejahteraan negara Malaysia tercinta. 

Bingkisan kenangan untuk semua yang terlibat dalam majlis pada malam ini boleh ditonton di sini :




14/2/2023
08:30 - 10:30 Malam
Auditorium M.Sidek Shabudin, Pangkalan TLDM, Lumut, Perak


BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.





Sumber : https://www.cikgusuffi.com/2023/02/anugerah-khas-guru-disampaikan-oleh.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama