Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Apa Ada Pada Sekeping Sijil? | Syukron AYU

 

Sijil Cemerlang AYU

MENGAPA sekeping sijil sangat bermakna nilainya? 

APA yang ada sebenarnya dengan sekeping sijil ini?


Jawapannya adalah kerana disebalik sekeping sijil itu terkandungnya pelbagai memori,kenangan pahit manis perjuangan seseorang dalam melalui cabaran yang kadang-kadang tidak mampu untuk diluahkan dan diceritakan kepada khalayak ramai. Ini kerana, walaupun kita berada dalam situasi yang sama,namum penerimaan dan keadaan seseorang itu tidak sama.


Sekeping sijil pada hari ini merupakan satu pengiktirafan dan pengakuan terhadap kebolehan serta kelayakan individu. Memang benar, ukuran ilmu seseorang bukanlah terletak sepenuhnya pada sekeping sijil, namun ianya menjadi 'dos penggalak' kepada sesiapa yang mendapatkannya bagi meningkatkan 'imunisasi semangat' dalam menempuhi cabaran kehidupan yang penuh dengan 'perlumbaan'.


Alah, sekeping sijil apa lah sangat!?
 

Bagi sesetengah orang mungkin menganggap sekeping sijil ini tiada nilainya, namun ianya tidak dinafikan bahawa setiap manusia akan terkesan dengan sebarang penghargaan kerana telah dinyatakan sebagaimana dalam diagram yang dibawa oleh Abraham Maslow :


teori maslow

Keperluan penghargaan ini sangat diperlukan dalam menjamin kesempurnaan dan memenuhi keperluan sosial seseorang. Penghargaan seperti pujian, sokongan dan sebagainya sangat penting sekalipun ia sekadar ucapan TAHNIAH, TERIMA KASIH, TERBAIK dan lain-lain lagi.


Akademi Youtuber(AYU) tidak pernah meninggalkan keperluan ahli-ahlinya kerana dalam keluarga AYU tidak ditekankan aspek kebendaan,bahkan semua ahli digalakkan untuk berbakti dan membuat jasa tanpa mengharapkan apa-apa balasan kebendaan.


cfusyamz
Tahniah Semua
Setelah apa yang telah dilalui dan dilakukan oleh ahli-ahli AYU, Pengurusan Tertinggi AYU memberi pengiktirafan sewajarnya dengan mengeluarkan sekeping sijil yang bukan sekadar cantik di luarnya, bahkan mengandungi penuh makna di dalamnya. Hanya yang tahu sahaja tahu😍.


Jutaan terima kasih buat pengurusan tertinggi AYU yang dibarisi oleh Yu.Suffi, Yu.Abeymat
dan Yu.Zuly yang sentiasa memenuhi keperluan ahli-ahli AYU. Tidak dilupakan juga buat Ketua Panitia Ana Youtuber Lughotul Arobiyyah(AULA) , Yu.Hazar atas segala tunjuk ajar dan sebagainya. Semoga sekeping penghargaan ini akan terus membakar semangat rakan-rakan AYU dalam terus berbakti dan memartabatkan pendidikan digital di alam maya.


Sekian, terima kasih.

Sayang Akademi Youtuber.

#AkademiYoutuber
#Panitia AULA
#CfuSyam


Sumber : https://www.cfusyamz.com/2023/01/apa-ada-pada-sekeping-sijil-syukron-ayu.html

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama