Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

MAJLIS PENCIPTAAN REKOD MALAYSIA KE-4 (Biggest Mosaic Art Made of Bricks)


 


7 hb. Oktober, 2022 warga sekolah SMK Methodist(ACS) Ipoh, Perak telah berjaya mencipta rekod dengan menghasilkan mural mendatar terbesar menggunakan sebanyak 93,000 batu bata tersusun terbesar di Malaysia berukuran 63m x 31m. Ukuran tersebut bertemakan semangat patriotisme iaitu "127 Tahun ACS Ipoh Bersamamu Malaysia" sempena Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia. Tuan Pengetua , Encik. John Seeni memberi penerangan bahawa kejayaan memahat nama di dalam Malaysia Book of Records itu adalah hasil kerjasama semua warga sekolah yang bertungkus -lumus menyiapkan mural tersebut selama enam minggu. Adalah menjadi pegangan semua warga ACS bahawa melalui usaha padu ini, kita akan dapat menyemaikan nilai kesetiaan dan cinta akan negara di jiwa anak-anak kita. Tambahan juga, usaha ini dijalankan bagi mengutip dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membaiki pulih kolam renang sekolah. Projek ini juga adalah aset penting kepada pelajar dalam membina jati diri dan sifat-sifat kepimpinan selain dapat mencungkil bakat yang terpendam.
Hadir bersama untuk menyempurnakan perasmian itu . ialah Exco Pendidikan, Pengajian TInggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud. Beliau berkata, kejayaaan SMK Methodist ACS Ipoh telah mencipta rekod dan merupakan satu kebangaan kerana berjaya mengharumkan nama negeri Perak.
Pendekata, warga SMK Methodist ACS Ipoh , berjaya mencipta rekod tersendiri dengan menghasilkan mural mendatar terbesar di atas 93,000 batu-bata tersusun pada hari Jumaat iaitu 7 Oktober, 2022. Kerjasama dari semua pelajar, guru-guru dan Staf ACS Ipoh amat dihargai dan semua pihak turut membantu menjayakan projek "Brickathon".

klik pautan untuk menonton


Kredit :- @iksonmusic Music : As leaves fall , Early Hours & Last Summer Musician @Iksonmusic

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama