Tarikh : 4 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 7.00pm, Hotel Horizon Kota Kinabalu, Sabah
Tanggal 4 Jun 2022 telah dipilih oleh Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu untuk menganjurkan majlis makan malam pelajar-pelajar semester 3 sesi akademik 2020/2021. Kumpulan pelajar ini merupakan kohort yang terkesan oleh pandemik Covid-19 sejak tahun 2021 dan sekarang masuk pula dalam fasa endemic. Mereka melalui tempoh pembelajaran yang paling Panjang berbanding kohort lain namun sesi bersemuka dengan pensyarah/pelajar adalah yang paling singkat.
Antara objektif majlis ini adalah seperti berikut:
1. Memupuk semangat cinta akan kolej terutamanya dalam kalangan para pelajar.
2. Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kalangan warga kolej iaitu para guru dan pelajar.
3. Menjalinkan silaturahim yang baik dan berkekalan dalam kalangan warga kolej yang pelbagai bangsa dan agama.
4. Mencipta kenangan terindah pelajar sepanjang pengajian di KTE Kota Kinabalu.
Link Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=nYnGHHLLtt4&t=13s
Presenter:
NAMA GURU : RITA BINTI BAHAN
SEKOLAH : KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU, SABAH
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/ticerrita
TERIMA KASIH https://www.akademiyoutuber.com yang telah merealisasikan impian anda!