Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

SEMARAK PANTUN MERDEKA OLEH PANTIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

#sejarahialahkita




SALAM KEMERDEKAAN DARI PANITIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH, AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA.


BERSEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE 64. pada 31 Ogos 2021 ini merupakan detik bersejarah apabila kita semua menyambut Kemerdekaan Negara Malaysia dalam situasi Perintah Kewalan Pergerakan PKP berikutan Pandemik Covid 19. Justeru bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara, kami dari Panitia Sejarah Sekolah Rendah Akademi Youtuber Malaysia ingin menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan menyampaikan pantun yang bertajuk: Semarak Pantun Merdeka
Sungguh enak buah Melaka, Dimasak oleh Puan Azizah, 31 Ogos kita Merdeka, Bebas dari cengkaman penjajah. Malayan Union mengundur diri, Dari Persekutuan Tanah Melayu, Berkat usaha perjuangan harmoni, Bersatu hati untuk tanah airku. Laungan merdeka suara keramat, Ribuan hadir pelbagai bangsa, Malaysia kini negara berdaulat, Semangat berjuang penuh perkasa. Bersatu hati menunggu merdeka, Rakyat menunggu dengan sabar, Waktu dinanti sudahlah tiba, Bendera Malaysia megah berkibar. Laungan keramat di Stadium Merdeka Berhimpun rakyat pelbagai bangsa, Negara kita sudah merdeka, Jasa pemimpin jangan dilupa.


Tingginya sabar rakyat Malaya, Menanti waktu sangat bererti, Akhirnya kita sudah berjaya, Cengkaman penjajah tiada lagi. Laungan Merdeka oleh Pak Ungku, Bendera Malaysia berkibar megah, Malaysia merdeka tanah air ku, Terus cemerlang berjuang gagah. Beratus tahun negara dijajah, Portugis Belanda Inggeris dan Jepun, Kini Malaysia berdiri megah, Pelbagai langkah telah disusun. 64 tahun telah berlalu, Negara kita mencapai merdeka, Rakyat Malaysia berganding bahu, Menjaga keharmonian negara tercinta. Dalam menyambut Hari Kebangsaan, Pelbagai bangsa rakyat disatukan, Hargai nilai erti kemerdekaan, Bebas daripada pengaruh penjajahan.

Link Video : https://www.youtube.com/watch?v=Qxy9jccaMG0



💗💜 Panitia Sejarah Sekolah Rendah 💜💗

#AkademiYoutuber 

#kitabantukita



Yu. Yuhanisah

https://www.youtube.com/c/CikguYuhanisah

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama