Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
khas

🔴 [LIVE] WACANA ILMIAH AKADEMI YOUTUBER : MOTIVASI W.O.W #37 “SUSAH KE NAK MASUK IPG?”




 

Kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang sangat mulia. Statistik KPM menunjukkan negara kita mempunyai guru sekolah rendah seramai 236,993 orang dan sekolah menengah seramai 179,750 orang. Jumlah keseluruhan guru di Malaysia seramai 416,743 orang (Data e-operasi KPM bertarikah 31 Julai 2020). Jumlah ini mewakili 26% penjawat awam di Malaysia yang dianggarkan  kira-kira 1.6 juta orang. Transformasi pusat latihan guru ini berlaku sepanjang masa. Jika dahulu dikenali sebagai maktab perguruan. Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan. Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. 

Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011. Suatu ketika dahulu, profesion perguruan ini merupakan pilihan terakhir kepada para graduan. Tetapi stigma tersebut mula terhakis dan hari ini profesion ini menjadi pilihan utama pelajar lepasan SPM. Produk IPG yang pertama mula mengajar di sekolah bermula tahun 2011. Sekarang tahun 2021 bermakna keluaran IPG sudah bertapak di sekolah sudah 10 tahun. Dari segi perjawatan mereka sudah berada di gred DG44 sekarang. Prestasi guru-guru lepasan IPG amat memberangsangkan. 


Tidak hairanlah semasa sesi Pemberitahuan Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas bertarikh 11 Ogos 2020 Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, maklum balas daripada pentadbir sekolah dari 2015 hingga 2019 mendapati peratus skor purata prestasi guru PISMP lepasan IPG bagi tempoh itu berada pada tahap 92 peratus ke atas. Maka dengan kuota pengambilan yang kecil setiap tahun menjadikan persaingan kemasukan ke IPG sangat mencabar dan berliku. Timbul di benak ibu bapa yang mempunyai anak lepasan SPM di luar sana susah ke nak masuk IPG? Mari kita kupas persoalan ini bersama tetamu jemputan kami seperti ketetapan berikut: 

TARIKH : 17 SEPTEMBER 2021

HARI : JUMAAT

MASA : 3.30 PETANG

 

❗️Jemput semua Join sama

❗️GURU / PELAJAR /  IBU BAPA


✅E-SIJIL PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DISEDIAKAN




JOIN SIARAN LANGSUNG ✅

https://www.youtube.com/watch?v=Nn7a8Wab8KQ



TETAMU JEMPUTAN:

DR. MOHD ZAIRI BIN HUSSAIN

KETUA JABATAN

HAL EHWAL PELAJAR

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR



Moderator ANDA  :👏👏

Cikgu Tina @Tina151

SMKA PAGOH, MUAR, JOHO



BE YOURSELF, INSPIRE THE OTHERS”


Anjuran:

Akademi Youtuber Malaysia

Edidik Malaysia

Kelab Guru Malaysia


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama