Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

BAHASA MELAYU TAHUN 1 | TEMA 3 | UNIT 9 : KITA CERGAS | KATA PERINTAH | SP : 5.1.4 MEMAHAMI, MENGENAL PASTI DAN MENGGUNAKAN KATA TUGAS MENGIKUT KONTEKS OLEH CIKGU HASYAH

09/09/2021

/ oleh Cikgu Saripah


Membaca penting untuk menambah ilmu. Dengan membaca, murid-murid akan dapat meningkatkan kelancaran bacaan murid dan ilmu pengetahuan mereka. Penghasilan video ini adalah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Selain daripada itu, kandungan video ini adalah berdasarkan buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 1. Video ini akan membantu murid-murid supaya tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Walau di manapun kamu berada PdPR TETAP TERLAKSANA.




Untuk pelajaran kali ini, murid-murid akan memahami dan mengenal pasti kata perintah. Di akhir sesi pembelajaran, murid-murid  akan dapat membina dan menulis ayat berdasarkan kata perintah dan frasa yang diberi. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. 




Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.




PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=AYb69uThm4A 

NAMA GURU : CIKGU HASYAH

SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU

SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia