Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

SYAIR MALAYSIA TERCINTA | PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH | AKADEMI YOUTUBER



Selamat menyambut bulan Kebangsaan ke-64 daripada Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Akademi Youtuber 💐


Persembahan Syair Malaysia Tercinta Irama Kiasan

Saksikan persembahan syair daripada guru-guru Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah

❤️ Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=V73Cd0jZszk



SYAIR MALAYSIA TERCINTA 


@chekgulk

Kita semua rakyat Malaysia,

lahir di bumi yang kaya raya,

bertuah sungguh rasa di jiwa,

hidup senang tiada sengsara.


@CikguFatinZulkifli 

Negara ini merdeka sudah,

lebih lima dekad tidak dijajah,

rakyat bebas tiada gundah,

pergi ke mana terasa indah.


@CikguLiaOsman 

Berbilang kaum bersatu-padu,

Islam Buddha mahupun Hindu,

Hitam putih atau kelabu, 

Boleh berpakat mampu bersatu.


@CIKGUMASITAH

Songket sutera dan juga sari,

teluk belanga batik dan dotti,

cantik berseri berwarna-warni,

satu negara penuh harmoni.


@Zurazahrin

Pilihlah saja apa makanan,

nikmati semua yang berkenan,

nasi lemak mee dan roti naan,

bahulu muruku atau kuih bulan.


@CikguMaisarahZukhe

Ada hari kita bercuti,

di Aidilfitri dan Raya Haji,

Tahun Baru Cina juga Deepavali,

Krismas Thaipusam dan banyak lagi.


@CikguWanizati

Dari Perlis hingga ke Johor,

Sabah Sarawak sama tersohor,

bumi Malaysia sudahlah masyhur,

rakyat peramah berbudi luhur.


@Yuhanisah

Satu dunia inginku laung,

langit Malaysia aku bernaung,

bangga berbakti nama dijunjung,

nagara tercinta yang ku sanjung.


@Z_Haziq

Indahnya laut pasir di pantai,

tempat pelancong bersantai-santai,

tanah airku negeri nan damai,

budi ditabur jasa disemai.


@HasyahIbrahim

Orang yang datang melimpah-ruah,

mencari kerja di bumi bertuah,

menumpang hidup tenaga dicurah,

betapa di sini rezekinya murah.


@Cikgueedarahim 

Malaysia ku ini amat ku cinta,

tempat lahirku membina cita,

teruslah aman itu ku pinta,

bahagialah hidup sesama kita.


#AkademiYoutuber 

#kitabantukita

Yu. Chekgu LK

❤️ https://www.youtube.com/ChekguLK ❤️

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama