Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4 KSSR SEMAKAN l UNIT 11l SAYANGI DIRI l KASIH SAYANG OLEH CIKGU YAYA

Rasa Sayang Hei Rasa Syang-Sayang Hei Hei Lihat Nona Jauh Rasa Sayang-Sayang Hei
Kasih Sayang merupakan sikap yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Kasih sayang yang dipupuk dalam diri dapat melahirkan perasaan tanggungjawab, menghormati, bekerjasama, simpati, empati, prihatin dan tolong-menolong. Banyak kepentingan yang kita akan perolehi jika kita mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan, antaranya ialah kita akan menjadi lebih yakin dengan diri sendiri, disayangi keluarga, menjadi anak yang baik, menjaga maruah dan nama baik keluarga, suka menolong orang, mudah mendapat sokongan, bertukar-tukar pendapat, mendapat kerjasama dan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam masalah sosial.

Kasih Sayang bukan sahaja kepada diri sendiri malah perlu diamalkan kepada keluarga dan orang lain. Antara cara meluahkan kasih sayang kepada orang lain ialah dengan bercakap sopan, memuji dan selalulah bersangka baik. In Shaa Allah, jika kita menyemai kasih sayang dengan orang lain kerana Allah, banyak kebaikan yang akan kita perolehi.


Mudah saja cara untuk kita menunjukkan rasa kasih kepada orang antaranya ialah kita boleh memberikan penghargaan kepada mereka, mengingati hari penting mereka, membantu mereka, mendengar nasihat mereka dan menghormati mereka. Saya yakin, jika amalan ini disemai dalam kehidupan anda, pasti hidup anda akan lebih gembira, bahagia, aman dan harmoni. Percayalah. Jom kita amalkan!

PAUTAN VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=2tsl1DraidA NAMA GURU: CIKGU YAYA@ CIKGU NOR HIDAYAH BINTI HAMZAH SEKOLAH : SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG SELANGOR LINK CHANNEL: https://youtube.com/c/CikguYaya
Yu. Jamalee

https://www.youtube.com/CikguJaMaLee

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama