Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

πŸ”΄ [LIVE] ASAM GARAM RUMAHTANGGA :HALAL YANG DIBENCI #08 #AKADEMIYOUTUBER

28/08/2021

/ oleh Yu Umi Juema


HALAL YANG DIBENCI

Rasullullah SAW sebagai manusia juga berumahtangga.  Lalu dalam berumahtangga Baginda hadapi asam garamnya.  Ada ketika ceria bersama, ada ketika saling bermasam muka.  Ada ketika romantik, ada juga ketikanya berkonflik.  Sungguh setiap saat dalam hidup Nabi adalah teladan untuk umat.  Barulah umat boleh belajar daripada Baginda.  Benarlah, Rasulullah uswah hasanah; teladan terbaik.

 

Menerusi Segmen Asam Garam Rumahtangga ini, kami ingin   memaparkan babak-babak asam garam rumah tangga Nabi yang mungkin kita tidak tahu selama ini untuk diambil iktibar serta pengajaran bagi umat manusia.  Modul rujukan kami untuk menjayakan program ini ialah buku bertajuk Asam Garam Rumahtangga Nabi SAW.  Kami telah memohon keizinan daripada penulis buku ini sendiri iaitu Encik Luqman Makhtar mantan editor Majalah Solusi dan penulis Siri X-plorasi al-Quran. 

Menerusi program ini adalah diharapkan ianya dapat memberi impak yang mendalam dan manfaat yang besar buat semua penonton di seluruh Malaysia yang menyertainya. 

Tajuk   :  Halal Yang Dibenci

Tarikh  :  28 Ogos 2021

Hari     :  Sabtu

Masa   :  12.30 petang

Pautan:   https://www.youtube.com/watch?v=u77z-YrYxoU

#segmenkhas

#akademiyoutuber

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia