Kali ini saya ingin berkongsi video yang mengikut tema dan tajuk di dalam buku teks.
Video ini merujuk buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 di halaman 114. Semoga dengan video ini boleh membantu guru-guru dalam menjalankan sesi PdPR.
TEMA : Indahnya Warisan Kita
UNIT 19 : Ikutlah Resmi Padi
KEMAHIRAN : Aspek Tatabahasa (Kata Majmuk)
SP: 5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk dalam pelbagai situasi dengan betul.
Isi pelajaran dalam tajuk ini berdasarkan Aspek Tatabahasa. Aktiviti ini memfokuskan murid membina ayat dengan menggunakan kata majmuk. Selain itu, video ini juga menerangkan salah satu jenis kata majmuk secara ringkas apa itu kata majmuk kiasa supaya murid jelas untuk membuat aktiviti.
Murid perlu melengkapkan cerita dalam buku teks di halaman 114. Secara tidak langsung, murid dapat menguasai kata majmuk dengan baik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para guru dan murid-murid.
Sebagai tanda sokongan anda, sudilah kiranya anda menekan butang "Likes", "comment" dan "subscribe" Channel Cikgu AzlinaLyn . Terima kasih.🌹🌹
PAUTAN VIDEO
https://www.youtube.com/watch?v=EBGCgGJKD44
Link latihan :
https://forms.gle/He6HqysYR25FeVTX9
NAMA GURU :
CIKGU AZLINALYN
SEKOLAH :
SK TAMAN CUEPACS , SELANGOR.
SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/c/CikguAzlinalyn