Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

MATEMATIK TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6 OPERASI BAHAGI BAHAGIAN 1 OLEH CIKGU ZOLHAIRI

08/06/2021

/ oleh Mizz Anie




Bahagi merupakan salah satu operasi asas yang wajib diketahui dan tahu cara untuk

menyelesaikannya. Sekiranya murid tidak mahir, akan timbul masalah dalam topik yang

lain kerana semua topik akan melibatkan operasi bahagi. Terdapat pelbagai kaedah dan

cara dalam mendapatkan jawapan bagi sesetengah soalan Matematik. Walau bagaimana

pun, guru perlu mencari kaedah atau cara yang terbaik bagi memastikan setiap anak didiknya

memahami dan menyelesaikan setiap soalan matematik. 



Oleh itu, bersesuaian dengan peringkat awal, penekanan kepada langkah-langkah wajib

semasa menjawab soalan bahagi amat membantu khasnya kepada murid yang lemah

penguasaan asas Matematiknya. Video ini membincangkan penggunaan kaedah ringkas dan

penerangan konsep yang mudah. Penguasaan konsep sangat penting agar apa sahaja soalan,

tidak akan timbul masalah tidak dapat selesaikan. Bahkan setelah menguasai konsep setiap

soalan bahagi, pasti dapat diselesaikan. Disini akan dikongsikan penerangan penyelesaian

soalan daripada dibuku teks Tahun 5 iaitu bahagi 1 digit dan 2 digit serta cara bina sifir 2 digit

dengan keadah kawin. 





Diselitkan juga dengan soalan minda pagi, soalan ringkas untuk imbas kembali soalan 1

markah asas nombor agar soalan seperti ini tidak berlaku kesalahan di dalam peperiksaan

atau ujian. Semoga perkongsian ini memberi ruang Dan peluang kepada rakan-rakan guru

untuk menambah pengetahuan berkenaan subjek Matematik khasnya tajuk bahagi. Mohon

sokongan bersama, sebar luaskan. Jangan lupa klik butang 'subscribe, like Dan share'.





PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=8wYgAfy031c



NAMA : ZOLHAIRI B ABDULLAH


SEKOLAH :

SK SENAWANG


SALURAN YOUTUBE :

https://www.youtube.com/c/zolhairi77


Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia