Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
PDPC

MATEMATIK TAHUN 1 | MEMBUNDARKAN NOMBOR BULAT KEPADA PULUH TERDEKAT OLEH CIKGU HASYAH




Matematik Itu Mudah. Untuk video PDPC kali ini, tajuk yang akan dipelajari ialah nilai digit.

Standard Kandungan 1.8 Membundarkan nombor. Standard Pembelajaran 1.8.1 Membundarkan

nombor bulat kepada puluh terdekat.  Untuk murid-murid dan guru-guru, mereka boleh rujuk

Buku Teks Matematik Tahun 1 dan Buku Aktiviti Matematik Tahun 1 Jilid . Murid-murid boleh

membuat hands on semasa melihat video ini. Ibu bapa juga boleh menonton video ini sebagai

rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah semasa PKP 3.0. Mohon tular-tularkan dan

sebar-sebarkan  untuk memberi manfaat kepada semua. Belajar boleh di mana-mana sahaja

bukan terhad di sekolah. Pastikan anak-anak kita tidak ketinggalan.

Video PDPc ini adalah tentang membundarkan nombor. Membundarkan nombor adalah

kesinambungan daripada nilai tempat, nilai digit dan susunan nombor. Murid-murid akan

mengingat semula tajuk-tajuk yang telah lepas. 





Topik-topik di dalam mata pelajaran Matematik ini adalah berkait rapat antara satu sama lain.

Murid-murid akan diterangkan maksud membundarkan nombor.  Contoh juga diberi untuk

memberi kefahaman yang lebih baik kepada murid. Murid-murid juga diperkenalkan kumpulan

nombor kecil dan kumpulan nombor besar di dalam topik ini. Membundarkan Nombor Part 01

ini akan memperkenalkan murid-murid dengan cara membina garis nombor untuk

membundarkan nombor. Saya mengambil latihan yang ada di dalam buku teks dan buku

aktiviti murid untuk memudahkan murid-murid membuat rujukan. 






Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan

tajuk nilai digit ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada

murid-murid. Murid-murid akan terasa seperti berada di dalam kelas . Murid-murid boleh

mengulang tonton video ini semasa membuat latihan.. Semoga perkongsian ini bermanfaat

untuk anda semua.

Sila LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE Channel Cikgu Hasyah.




✅ PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=kErn74dCxrU 






✅ NAMA GURU :

CIKGU HASYAH


✅ SEKOLAH :

SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU


✅ SALURAN YOUTUBE :

https://www.youtube.com/c/CikguHasyah


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama