Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

BAHASA MELAYU TAHUN 1 | TEMA 3 | UNIT 7 : TELITINYA RIZAL | SP : 3.2.2 MEMBINA DAN MENULIS JAWAPAN PEMAHAMAN BERDASARKAN SOALAN BERTUMPU OLEH CIKGU HASYAH

08/06/2021

/ oleh Yu. Cikgu Eedarahim

 


Untuk video PdPc kali ini ialah Kemahiran Menulis, murid-murid akan diterangkan dengan cara menulis dan membina jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu. Penerangan dan latihan yang diberi diambil dalam buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 dan buku aktiviti  Bahasa Melayu Jilid 1 Tahun 1. 



Murid-murid boleh membuat latihan tersebut semasa menonton video ini. Ibu bapa juga boleh menonton video ini sebagai rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah semasa PKP. Mohon tular-tularkan dan sebar-sebarkan  untuk memberi manfaat kepada semua. Belajar boleh di mana-mana sahaja bukan terhad di sekolah. Pastikan anak-anak kita tidak ketinggalan.



Murid-murid akan mempelajari cara-cara atau kaedah menjawab soalan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu. Murid-murid akan membaca petikan berdasarkan gambar yang diberi. Murid-murid juga akan mencari kata kunci bagi soalan yang diberi di dalam petikan. Kemudian murid-murid akan diajar cara menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu. Untuk menajwab soalan pemahaman murid-murid perlu membuat latih tubi. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.



Jangan lupa….

SHARE, LIKE dan SUBCRIBE Channel Cikgu Hasyah.


PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=VyRViEYnYj8

 


 

NAMA GURU : CIKGU HASYAH

SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU

SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia