Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

BAHASA MELAYU TAHUN 1 | TEMA 3: PENTINGKAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN | UNIT 7 : TELITINYA RIZAL SP : 5.1.3 OLEH CIKGU HASYAH

08/06/2021

/ oleh Yu. Cikgu Eedarahim

 


SP : 5.1.3  MEMAHAMI, MENGENAL PASTI DAN MENGGUNAKAN KATA ADJEKTIF MENGIKUT KONTEKS


Untuk video PdPc kali ini murid-murid akan dapat memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata adjektif mengikut konteks. Penerangan dan latihan yang diberi diambil dalam buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 dan buku aktiviti  Bahasa Melayu Jilid 1 Tahun 1. 



Murid-murid boleh membuat latihan tersebut semasa menonton video ini. Ibu bapa juga boleh menonton video ini sebagai rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah semasa PKP. Mohon tular-tularkan dan sebar-sebarkan  untuk memberi manfaat kepada semua. Belajar boleh di mana-mana sahaja bukan terhad di sekolah. Pastikan anak-anak kita tidak ketinggalan.



Murid-murid akan mempelajari maksud Kata Adjektif. Murid-murid akan dapat membina ayat berdasarkan Kata Adjektif dan gambar yang diberi. Pada kali ini, murid-murid akan menjawab soalan teka silang kata berkaitan Kata Adjektif. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.



Jangan lupa….

SHARE, LIKE dan SUBCRIBE Channel Cikgu Hasyah.


PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=UhkuEKNWfYI


 


NAMA GURU : CIKGU HASYAH

SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU

SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguHasyah

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia