Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

BAHASA MELAYU TAHUN 1 | TEMA 3 | UNIT 7 : PENTINGKAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN | SP : 1.2.1 BERTUTUR DENGAN SEBUTAN YANG BETUL DAN INTONASI SECARA BERTATASUSILA OLEH CIKGU HASYAH

03/06/2021

/ oleh Yu. Cikgu Nariza

 


Kemahiran mendengar dan bertutur juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid pada awal pembelajaran mereka. 



Standard Kandungan : 1.2  Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. 

Standard Pembelajaran : 1.2.1 Bertutur dengan sebutan yang betul dan intonasi secara bertatasusila. 


Guru merujuk Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 muka surat 39 dan 40 serta Buku Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 1 Jilid 1 muka surat 43. Murid-murid, guru-guru dan ibu bapa boleh menonton video ini di mana-mana sahaja. Pastikan pelajaran anak-anak tidak ketinggalan. 



Kemahiran mendengar dan bertutur kali ini akan mengajar murid-murid cara menuturkan dialog dengan sebutan yang betul dan intonasi secara bertatasusila. Murid-murid juga diajar untuk melengkapkan dialog berdasarkan maklumat yang diberi. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran mengenal huruf dengan baik.


 


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.


Jangan lupa untuk kongsi video ini supaya manfaatnya dapat dinikmati bersama.


PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=B9slyVb2cFk




NAMA GURU :

CIKGU HASYAH

SEKOLAH :

SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU

SALURAN YOUTUBE :

https://www.youtube.com/c/CikguHasyah

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia