Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

TAHNIAH NOORILYANA BINTI RAZALI | ANUGERAH INOVASI PERINGKAT NEGERI PAHANG


TAHNIAH NOORILYANA BINTI RAZALI 

ANUGERAH INOVASI PERINGKAT NEGERI PAHANG

Link Pautan Video :  https://www.youtube.com/watch?v=6HxoPHb1y0I

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali dalam segmen berita menerusi portal Akademi Youtuber.  Pada kali ini, dibawakan kepada anda sebuah lagi kisah menarik mengenai salah seorang youtuber AYU dari negeri Pahang. 

Noorilyana binti Razali dilahirkan pada 23 Mei 1983 di daerah Kemaman, Terengganu.  Beliau telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak, 3 orang lelaki dan seorang perempuan.  Sehingga kini, beliau mengajar di SMK LKTP Tersang, Raub, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Sains, Universiti Malaysia Sabah.(Major Biologi, Minor Kimia).

 

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Panitia Sains sekolah dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Sains selama 14 tahun, beliau telah ditagging opsyen Sains.  Beliau telah dipilih sebagai Penggerak Pasukan Inovasi Sekolah semenjak tahun 2018.  Seterusnya, pada tahun 2019, beliau telah dianugerahkan Ikon Inovasi Sains Daerah Raub sempena Hari Guru tahun 2019. 

 Sepanjang penglibatan beliau dalam pasukan inovasi, beliau telah memenangi sebanyak 6 pingat Emas, 3 pingat Perak, 1 pingat Gangsa dalam 4 pertandingan inovasi, 1 di peringkat International, 3 di peringkat kebangsaan. Menurut beliau, pertama kali beliau menyertai pertandingan inovasi dalam bentuk penghantaran video pada tahun 2020.

 

Beliau sangat berterima kasih kepada Akademi Youtuber kerana dengan ilmu dan kemahiran yang dipraktikkan daripada trainer AYU, beliau berjaya menghasilkan 3 video yang berjaya menambat hati juri dan beliau telah berjaya memenangi Video Terbaik dan Video Pilihan Juri di peringkat International dalam Malaysia Akademi of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) 2020 beserta 3 pingat Emas untuk ketiga-tiga penyertaan. 

Pada tahun 2021, beliau telah mendapat Johan Guru Inovasi Sekolah Menengah Kategori Individu di peringkat negeri Pahang dan mewakili negeri Pahang di peringkat kebangsaan.  Sijil dan Hadiah akan disampaikan dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.

 

Pembentangan bermula pada 4 Mac 2021 – 5 Mac 2021 dan pada 6 Mac 2021 beliau telah diumumkan sebagai pemenang.  Inovasi yang telah dipertaruhkan dalam pembentangan itu  berkaitan dengan video kitar Nitrogen dan Inovasi KiNit 5.

Pautan Video Kitar Nitrogen   : https://youtu.be/UJkpIpYm0yk

Pautan Video Inovasi KiNit 5 :  https://youtu.be/P44xaWQgnMQ

 

 V-MIND2020

🏆THE BEST VIDEO AWARD:

TuFoToSo Triplet Block 

 

🏆JURY CHOICE AWARD:

Ring Ring TuFoToSo-licious

 

MEDAL:

 

Ring Ring TuFoToSo-licious

🥇GOLD AWARD

 

TuFoToSo Triplet Block

🥇GOLD AWARD

 

TuFoToSo Circuit Round Cubic

🥇GOLD AWARD


Link Channel Cikgu Liyana :  https://www.youtube.com/c/CikguLiyanaTuFoToSo

 

Sebagai penutup bicara:

“Tingkatkan prestasi, Cetuskan Inspirasi, Lahirlah Inovasi”

Assalamualaikum.

 

Disediakan oleh

Umi Juema  @NorJueMa

AYU Press Official

 

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama