Sementara kita masih dalam mood Raya PKP 3.0, apa kata kita tonton video NASI IMPIT SILINDER ini ? Video yang disediakan oleh Cikgu Fatimah ini sangat ringkas dan mudak diaplikasi di dapur kita biarpun oleh anak-anak sekolah rendah ( awas : pastikan ibubapa ada bersama ketika proses memasak ).
Sebagai guru Matematik, Cikgu Fatimah cuba membawa elemen Matematik dalam penyediaan juadah agar Matematik itu dilihat sangat mesra dengan kehidupan. Penggunaan istilah SILINDER adalah satu daripada bentuk tiga dimensi yang murid belajar di sekolah.
NASI IMPIT SILINDER cuma memerlukan TIGA bahan asas iaitu beras, plastik aiskrim Malaysia dan air. Setelah beras dibasuh dan ditos, ia akan dimasukkan secara berhati-hati dalam plastik aiskrim menggunakan sudu yang sesuai.
Dalam pembuatan NASI IMPIT SILINDER ini juga, Cikgu Fatimah menggunakan kemahiran NISBAH. Ketika memasukkan beras, beliau menyebutkan anggaran sukatan beras iaitu sepertiga daripada plastik. 2/3 ruang kosong itu akan dipenuhi oleh air untuk mengembangkan beras agar ia menjadi NASI IMPIT.
Jemput tonton : https://www.youtube.com/watch?v=L4I9_9ZgQmc
Nama guru : Fatimah Binti Haji Uyub
Sekolah : SMK Seri Tualang Temerloh Pahang
Link Channel : youtube.com/CikguFatimahIBU
Raya raya juga.. matematik jangan dilupa. Selamat Hari Raya !