Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
MATEMATIK TAMBAHAN

BENGKEL PENGGUNAAN KALKULATOR CASIO MS DAN EX

 


Kalkulator merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulator merupakan sebahagian dari teknologi dan ianya merupakan alatan komputer ringkas bagi tujuan memudahkan aktiviti harian penggunanya. 

 Di negara-negara Barat, kalkulator telah diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi. Didapati penggunaan kalkulator adalah sangat releven dan bertepatan dengan kehendak dan aspirasi Kementerian Pendidikan dalam melahirkan warisan minda kelas pertama dan warisan manusia yang bergerak seiring dengan perkembangan dunia globalisasi kini. 

Maka, pengaplikasian kalkulator di kalangan murid-murid sekolah diberikan perhatian yang sewajarnya dengan adanya perubahan dalam sukatan kurikulum matematik di Malaysia. Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa kini. 

Jom bersama Cikgu Norazlin live “Bengkel Penggunaan Kalkulator Casio MS & EX” kepada anda semua. Bengkel ini disampaikan sendiri oleh penceramah dari Casio Sdn Bhd. 

image.png 


Bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid cara penggunaan kalkulator Casio bagi memudahkan proses pembelajaran Matematik.

  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada pelajar, membantu belajar nombor, boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor. 

  • Menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan pelajar. Ini menggalakkan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah pelajar tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi. 

  • Membantu pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dalam pengurusan masa untuk menjawab  

Berikut ialah link bengkel "PENGGUNAAN KALKULATOR CASIO MS & EX"
1. Pengenalan
https://youtu.be/CfuNtDdb_lY

2. Fokus Tingkatan 1
https://www.youtube.com/watch?v=XNvcuY4gUwk

3. Fokus Tingkatan 2
https://www.youtube.com/watch?v=t8h7ZW25n5I

4. Fokus Tingkatan 3
https://www.youtube.com/watch?v=a-Bp6gsrO2U

Semoga bengkel ini memberikan manfaat kepada anda.
Terima kasih atas sokongan anda semua🥰❤❤❤

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama