Responsive Ad Slot


Tuisyen Percuma AYU

LIVE

BAHASA MELAYU TAHUN 1 | TEMA 1 | UNIT 1 : KELUARGAKU SAYANG | SP : 3.1.1 MENULIS HURUF SECARA MEKANIS OLEH CIKGU HASYAH

26/05/2021

/ oleh Yu. Cikgu Nariza

 


Asas menulis adalah kemahiran  yang perlu dikuasai oleh murid-murid pada awal pembelajaran mereka. Selain daripada mengenali huruf A hingga Z, murid-murid perlu mengenali bentuk huruf-huruf tersebut dengan baik. Murid-murid juga perlu tahu membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. Segelintir murid-murid keliru dengan beberapa huruf seperti huruf ‘b’ dan ‘d’. Jika murid-murid dapat menulis huruf A hingga Z dengan betul dan secara mekanis, maka kekeliruan ini boleh dielakkan.



Kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil ini perlu dilatih. Semakin kerap murid-murid menulis semakin cepat murid-murid akan mengenali dan mengingati bentuk huruf-huruf tersebut. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran mengenal huruf dengan baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.



Jangan lupa untuk kongsi video ini supaya manfaatnya dapat dinikmati bersama.


PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=Aevc756GByY 




NAMA GURU :

CIKGU HASYAH

SEKOLAH :

SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU

SALURAN YOUTUBE :

https://www.youtube.com/c/CikguHasyah

Newer Post Menarik seterusnya Older Post Home

No comments

Post a Comment

Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020-2021
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia