Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

10K SUBSCRIBERS? APA KATA CIKGU YUHANISAH

 


ASSALAMUALAIKUM  DAN SALAM SEJAHTERA

 Akademi Youtuber merupakan satu platform yang telah diperkenalkan dalam merealisasikan guru-guru sebagai Youtuber Pendidikan.  Pelbagai pencapaian yang telah diraih oleh guru-guru AYU sepanjang tempoh 8 bulan ini.  Pada kali ini, saya membawakan kepada anda seorang lagi guru hebat yang berjaya mencapai 10k Subscribers dalam tempoh 7 bulan.  Pada tanggal 5 Mac 2021, Channel Cikgu Yuhanisah telah merakamkan detik gemilang itu.

 

Cikgu Yuhanisah binti Jemahar merupakan ibu kepada 4 orang cahaya mata.   Beliau kini sedang menabur bakti di Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Muar, Johor.  Subjek yang diajar oleh beliau iaitu Sejarah Tahun 4,5 dan 6 dan Bahasa Melayu.  Cikgu Yuhanisah memiliki Master of Management Technology dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.  Beliau telah menyambung pengajian di IPG Sultan Abdul Halim dalam bidang pendidikan (DPLI SEJARAH SK - Major Sejarah, Minor BM).

 

Beliau telah dilamar sebagai Ketua Panitia Sejarah SK oleh Yu. Linn Zack pada tanggal 3 November 2020.  Beliau mula bersiaran secara langsung di Pusat Tuisyen Percuma Akademi Youtuber bermula 14 November 2020.  Kini beliau telah bersiaran sebanyak 23 kali secara Live dan 3 kali secara Premiere.

 

Untuk makluman semua,  jumlah ahli Panitia Sejarah SK yang terkini ialah seramai 20 orang.  Manakala jumlah video PDPC dalam playlist Panitia Sejarah ialah 151 video.   Di bawah ini saya sertakan link video penghargaan daripada Cikgu Yuhanisah.  Selamat menonton.

 

Link Video Penghargaan:

https://youtu.be/JnWf0lOoWlY

 

Disediakan oleh,

Umi Juema @NorJueMa

Ayu Press Official

Link Channel :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema

 

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama